Monday January 04.2016
Oleh: SYAHRIZZAL ARFANDY HAJI ADAM
PERINGATAN: Baca sehingga selesai dan JANGAN BACA TAJUK
SAHAJA.
SAYA ingin menjawab segala makian/cacian orang ramai
mengenai kenyataan KPN semalam yang disiarkan dalam kebanyakan media sosial
dengan headline “Kita tidak boleh bunuh perompak”
Di sini ada beberapa perkara penting yang perlu diketahui
sebelum tuan/puan mengherdik pasukan polis sesuka hati.
1. Kenyataan Media KPN: Sebenarnya kebanyakkan media
terutamnaya media sosial telah memutar belit kenyataan media KPN yang
berlansung semalam sempena Majlis Serah Terima Tugas Pengarah JIPS di Bukit
Aman. Oleh sebab terlalu ghairah mengejar popularity, kebanyakan pengguna media
sosial terlalu mudah meletakkan headline
“KPN: Jangan bunuh perompak”.
Sedangkan berlawanan dengan apa yang dimaksudkan IG Tan Sri Khalid Abu Bakar.
KPN semalam juga ada menyatakan “ Memang ada peruntukan dibawah seksyen 99
Kanun Keseksaan untuk tindakan mempertahankan diri, cumanya ada had tertentu”.
Ramai yang malas membaca dan terus membuat justifikasi melalui TAJUK SAHAJA.
Akibatnya ramai yang tidak faham dan terus mencaci KPN dan seluruh anggota/pegawai
pasukan Polis. Maksud sebenar KPN, untuk alasan mempertahankan diri, janganlah
terus kepada membunuh, kerana kita tidak boleh bunuh sewenang-wenangnya jika
tiada ancaman yang wajar.
2. Homicide. Bermaksud bunuh. Bunuh pula boleh
dikategorikan kepada dua CRIMINAL HOMICIDE dan JUSTIFIABLE / EXCUSEABLE
HOMICIDE.
Saya mulakan dengan Excuseable Homicide yang bermaksud
bunuh yang dibenarkan mengikut keadaan dan tidak dikira jenayah. Hal ini
termasuklah Killing in Self-Defense (mempertahankan diri), Involuntary
Manslaughter (Kematian yang tidak disengajakan asalkan bukan atas sebab
Negligence iaitu cuai), Euthanasia (bunuh diri terancang melalui kaedah
perubatan dan hanya negara barat mengamalkannya) dll, termasuklah hukuman mati
kepada pesalah.
Bagi Unlawful/Criminal Homicides, antaranya Murder
(bunuh) yang merangkumi dua First Degree Murder dan Seond Degree Murder
(bergantung dengan negara). Dalam situasi ini, bunuh kategori ini adalah
jenayah melibatkan bunuh dengan niat atau tanpa niat. Sepertimana terkandung
dalam Seksyen 302 dan 304 KK.
Baiklah, bagi seseorang yang dianggap membunuh sebab
mempertahankan diri (Killing in Self Defense), mestilah sesuatu yang munasabah
dan mengatasi keraguan. Seseorang terlebih dahulu menerima ancaman ASSAULT
(serangan fizikal) sebelum dikira mempertahankan diri. Bukanlah saya maksudkan
kita diserang dulu baru bertindak, tetapi bila ada ANCAMAN.
Kalau tiada bukti kukuh dan timbul KERAGUAN YANG
MUNASABAH, keluarga si mati akan mengemukakan untuk RELATED WRONGFUL DEATH CLAIMS,
dimana keluarga simati mendakwa bahawa pembunuhan simati adalah JENAYAH dan
bukannya MEMPERTAHANKAN DIRI. Hal ini sekiranya tiada siapa boleh menjelaskan
kedudukan sebenar kronologi kes kerana ketiadaan saksi dan timbul keraguan
munasabah.
Cth: Seseorang mendakwa A membunuh B dan keluarga B
mendakwa A menjadikan pembunuhan B seolah-olah suatu insiden rompakan.
A mendakwa B memang merompak dan mahu menyerang dan
membunuhnya.
Dan pada masa yang sama, tiada saksi, tiada alibi kukuh
dan timbul keraguan munasabah yang A sedang mempertahankan diri. Dan B pula
sudah mati dan "rompakan" atau jenayahnya belum dapat dibuktikan
dengan jelas.
Untuk itu, mahkamah terpaksa melihat kes ini sebagai
BUNUH JENAYAH dan keluarga simati berhak menuntut apa jua bukti untuk mengaitkan
yang pembunuhan ini dengan tindakan mempertahankan diri.
Kalau tidak, SEMUA ORANG akan BEBAS MEMBUNUH dan MENDAKWA
tindakan bunuhnya sesuatu tindakan MEMPERTAHANKAN DIRI.
3. Kes PP v Zulkifli, 2015. Kes ini belum pun diputuskan
dan baru sahaja mula dibicarakan. Tetapi yang menghairankan kenapa terlalu
ramai yang mengatakan ZULKIFLI DIHUKUM GANTUNG KERANA MEMPERTAHANKAN DIRI.
Bahkan pihak Attorney General Chamber (Peguam Negara) dan Pendaftar Kehakiman
belum pun menghabiskan laporan. Entah dari mana terlalu banyak andiaian yang
Zulkifli ke tali gantung.
DAN ramai pula orang bertindak seolah-olah berada di
tempat kejadian, dan mampu menghuraikan kronologi kes walaupun sebenarnya
mereka tidak mempunyai PENGETAHUAN TENTANG FAKTA KES dan mula mengolah cerita
itu dan ini.
Sedangkan, yang mengetahui FAKTA KES ialah pihak
pendakwaan, pihak penyiasat, suspek, dan siapa sahaja yang terlibat dalam kes
ini sama ada saksi mahupun mangsa.
Terlalu banyak VERSI KRONOLOGI KES dibentangkan. Kononnya
Zulkifli diserang dengan parang dan berlaku pergelutan sehingga menyebabkan
perompak mati. Sedangkan fakta kesnya mereka tidak tahu. Mereka tidak hadir ke
tempat kejadian tetapi mampu bercerita seolah-olah ada di situ.
Belum sempat laporan ditulis dan diterbitkan, banyak sungguh
yang sudah menghakimi kes ini tanpa memahami dan mengetahui SITUASI SEBENAR dan
KRONOLOGI KES.
Membawa Zulfikli ke dalam perbicaraan adalah prosedur
biasa. Hal ini juga untuk kebaikan beliau supaya MENJELAKAN SAMA ADA BELIAU
MEBUNUH UNTUK MEMPERTAHANKAN DIRI atau bukannya BUNUH JENAYAH yang mungkin
bakal orang pertikaikan.
Dan keluarga simati berpuashati jika mendapati bahawa
Zulkifli memang mempertahankan diri dan sesuatu bukan yang silap. Dan ZULKIFLI
tidak AKAN DIBICARA SEMULA untuk dakwaan yang sama bila beliau telah disahkan
mempertahankan diri.
Insya Allah, pihak polis sentiasa bersama menegakkan
kebenaran dan Allah juga sentiasa bersama yang benar.
KESIMPULAN: Sebelum menghakimi sesuatu, pastikan maklumat
diterima sahih dan berkualiti. Jangan terlalu mudah mengelabah untuk sesuatu
yang anda tidak tahu.
Paling penting, JANGAN BACA TAJUK SAHAJA! Bacalah sampai
habis sebab tajuk media pun kadang-kadangnya tak selari dengan isi yang
ditulis.
Ada juga yang telah menulis laporan dengan lengkap, tetapi entah kenapa ramai yang memberikan andaian berlainan dengan apa yang ditulis.
Ada juga yang telah menulis laporan dengan lengkap, tetapi entah kenapa ramai yang memberikan andaian berlainan dengan apa yang ditulis.
Penat penat je abang reporter tulis, headline jugak cukup
buat pembaca ni.
Undang-undang di Malaysia, juga sama dengan KEBANYAKAN
NEGARA KOMANWEL yang anda KAGUMI dan AGUNG-AGUNGKAN.
Semuanya ada prosedur dan anda perlu faham HAKIM yang
dilantik bukanlah BUDAK TADIKA yang menjatuhkan hukuman mengikut nafsu,
sepertimana kebanyakan pembaca yang mudah membuat justifikasi HANYA DENGAN
MEMBACA TAJUK!
PELIK tetapi itulah hakikatnya.
PELIK tetapi itulah hakikatnya.
Anda juga perlu TUNGGU laporan kes selesai sebelum boleh
mengulas kes tersebut. Berkemungkinan FAKTA KES tidak seperti yang anda tahu
dan fahami. Akibatnya, anda menghakimi ANDAIAN anda sendiri, bukannya fakta.
Semoga penjelasan ini menjernihkan justifikasi orang
ramai mengenai sistem KEHAKIMAN, PERUNDANGAN dan juga POLIS DIRAJA MALAYSIA
(PDRM) yang puas dicemuh oleh tuan-tuan yang terlalu mengikut nafsu dalam
menyebarkan berita tanpa memahaminya terlebih dahulu.
No comments:
Post a Comment