Tuesday
January 12.2016
OLEH:
SHAIMON S JUMADI
ELOPURA:-
Saban hari pagi dan petang Jabatan Kesihatan Sandakan telah memasuki kawasan Program Perumahan Rakyat (PPR) Taman Mesra
untuk memaklumkan bahawa Taman Mesra sekarang
adalah sebagai tempat sarang
nyamuk Aedes dan wabak demam denggi
selain kawasan Batu Sapi,Taman Mawar, Batu 5 Batu 7 Jalan Labuk dan Bandar Nam
Tung Tanah Merah disahkan sebagai tempat pembiayakan nyamuk Aedes yang
terbesar.
Setelah
mereka mengetahui bahawa Taman Mesra sekarang sebagai tempat wabak denggi dan
sarang nyamuk Aedes apa kah langkah-langkah seterusnya pihak-pihak tertentu
untuk mengatasi masalah ini agar tidak parah.
Dalam
kontek ini pihak Jawatankuasa Kemasyarakatan Dalam Bandar (JKDB) Taman Mesra dan
juga Rukun Tetangga harus mengambil ikhtibar dan memainkan peranan penting ke arah mengadakan gotong royong bersama-sama
penduduk setempat khusus untuk membersihkan saliran-saliran peparitan yang
bertakong.
Air
yang bertakong didalam parit ia merupakan tempat pembiayakan dan sarang nyamuk
Aedes ini amat berbahaya kepada penduduk Taman
Mesra kerana kalau digigit nyamuk Aedes tentunya mereka akan dijangkiti
deman denggi berdarah.
Tahun
2015 yang lalu lima orang penduduk Taman Mesra di sahkan telah meninggal dunia
akibat dijangkiti demam denggi berdarah.
Jangan
sampai tahun 2016 ini ramai penduduk Taman Mesra jadi korban akibat dijangkiti deman denggi
berdarah oleh itu pihak JKDB dan Rukun Tetangga Taman Mesra perlu mengadakan
gotong royong panggil semua penduduk
tidak kira mereka ada pangkat bergelar Datuk Tan Seri sama-samalah turun padang
menyertai gotong royong membersihkan kawasan-kawasan yang kotor.
Diharap
Wakil Rakyat Elopura yang membaca berita
yang tersiar di media portal online The Sabah Insider.Net dapat memanggil
Pengerusi JKDB Taman Mesra Herman Pemaju
Mukim dan Pegawai Pemabngunan Masyarakat (CDO) Elopura untuk membincangkan
mengenai program Gotong Royong tersebut.
No comments:
Post a Comment