OLEH:
SHAIMON S JUMADI
SANDAKAN:-
Tindakan tidak keperimanusian seorang Penolong Kanan Hal Ehwal Murid disalah
sebuah sekolah di Sungei Petani Kedah yang didakwa mengarahkan murid bukan
Islam di sekolah berkenaan agar meminum air didalam tandas sempena bulan
Ramadan.
Murid
yang bukan Islam jika tidak membawa air maka disuruh minum air paip di tandas
atau minum air kencing mereka sendiri.
Dengan
perbuatan yang amat keji dan kurang ajar serta biadap Penolong Kanan Hal Ehwal
Murid di sekolah tersebut telah
menimbulkan kemarahan di kalangan ibu bapa murid yang bukan Islam kerana tidak puas
hati terhadap prilakunya yang memperbodohkan-bodohkan anak-anak mereka
dan perkara ini sudahpun dilaporkan kepada pihak yang berwajid.
Sehubungan
itu Ahli Parlimen Sandakan (DAP) Stephen Wong menggesa Kementerian Pendidikan
menghukum dan melucutkan jawatan guru tersebut, kerana guru tersebut tidak
layak dan tidak sesuai menjadi seorang guru kerana berkelakuan kurang ajar dan
biadap.
Wong
berkata, kewujudan guru yang tidak bertanggungjawab dan ucapan yang ekstrem di
sektor pendidikan, adalah disebabkan kerajaan BN tidak mengambil tindakan keras
untuk melarangnya, hanya membiarkan ia berlaku, maka haruslah bertanggungjawab
penuh terhadap perkara ini.
Beliau
berkata, sebagai seorang Penolong Kanan Hal Ehwal Murid ataupun guru,
sepatutnya mendidik murid-murid supaya saling hormat-menghormati, harmoni,
bersatu-padu dan bekerjasama di dalam sekolah. Negara kita adalah negara yang
berbilang bangsa, agama dan budaya, guru tersebut tidak patut mengarahkan murid
meminum air di dalam tandas atau minum air kencing sendiri, ini merupakan
perbuatan yang amat teruk dan tidak bertanggungjawab.
GAMBAR Hiasan saja
Kata
beliau, ucapan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid tersebut akan mengakibatkan
murid-murid Islam besar diri, murid bukan Islam pula berasa kurang senang hati,
justeru itu menyebabkan ketegangan dan kedendaman antara kaum, ini amat bahaya.
Tambah
beliau, perkara sebegini bukan pertama kali berlaku, pada tahun 2013 pernah
berlaku kes melarang murid makan di kantin dan hanya dibenarkan makan di bilik
salin baju.
Wong
berkata, dikatakan ucapan guru tersebut hanya “bergurau”, ini tidak dapat diterima,
dan tidak patut bergurau demikian di dalam sekolah, sebaliknya harus disiasat
dan mengambil tindakan di bawah Akta Hasutan.
No comments:
Post a Comment