OLEH: SHAIMON S JUMADI
MP SANDAKAN.... Stephen Wong Bersama AJK DAP Sandakan Turun Padang Gotong Royong Bersihkan Tanah Perkuburan Islam Kg Sim-Sim Berhala Darat
SANDAKAN;- Membuat
kerja-kerja kebajikan atau amal jariah tidak semestilah dilakukan oleh para
pemimpin Islam saja mana-mana pemimpinpun
boleh berbuat demikian dengan tujuan
untuk menjalinkan dan mengukuhkan perpaduan dan siratulrahim antara satu dengan
yang lain.
Pagi tadi Ahli Parlimen
Sandakan Stephen Wong bersama ahli Jawatankuasa DAP Sandakan telah mengadakan
gotong royong bagi membersihkan tanah perkuburan Islam Kampung Berhala Darat
Sim-Sim.
Perkara sebegini memang
belum pernah dilakukan oleh mana-mana pemimpin atau wakil-wakil rakyat yang
bukan Muslim khususnya daripada masyarakat cina yang sudi dan terlibat sama bergotong royong untuk
membersihkan Tanah Kuburan Islam, inilah kali pertama pemimpin atau wakil
rakyat daripada kaum Cina yang terlibat sama membuat kerja-kerja amal dan
kebajikan.
Nampak jelas kepimpinan DAP
di bawah naungan Stephen Wong benar-benar prihatin soal bantu membantu beliau
tidak mengira bulu atau warna kulit yang penting mereka itu adalah pengundi
Parlimen Sandakan sama ada mereka yang menyokong DAP atau sebaliknya ini adalah
satu kewajiban dan tanggungjawab yang harus dipikul agar tidak timbul sikap
dekriminasi antara satu sama lain pastinya berlaku adil.
Penduduk Kampung Sim-Sim
mengucapkan ribuan terima kepada kepada Ahli Parlimen Sandakan Stephen dan
rombongan kerana sudih membantu membersihkan tanah perkuburan Islam disini
menunjukkan Wong adalah seorang pemimpin berjiwa rakyat yang harus diberikan
sokongan padu pada PRU 14 nanti.
Program Gotong Royong itu adalah anjuran bersama Ahli Jawatankuasa Surau, Majlis Perbandaran Sandakan (IMPS) Penduduk Kampung Sim-Sim, Mahkamah Anak Negeri Jawatankuasa Tanjung Papat dan JKKK Kampung Berhala Darat.
Program Gotong Royong itu adalah anjuran bersama Ahli Jawatankuasa Surau, Majlis Perbandaran Sandakan (IMPS) Penduduk Kampung Sim-Sim, Mahkamah Anak Negeri Jawatankuasa Tanjung Papat dan JKKK Kampung Berhala Darat.
No comments:
Post a Comment