OLEH: SHAIMON S JUMADI
BATU SAPI:- Ahli Parlimen Batu Sapi Datuk Linda Tsen Thau Lin berharap pihak Sabah
Electricity Sdn Bhd (SESB) akan mengambil tindakan yang sewajar untuk menangani
kadar gangguan bekalan elektrik di Sabah.
“Kadar
gangguan bekalan elektrik di sesebuah kawasan perlu ditangani agar tidak
menjadikan kesulitan kepada proses pembangunan dan juga keselesaan kehidupan
rakyat,” kata Linda dalam ucapan ketika perbahasan di Parlimen.
Menurut
Linda, beliau telah banyak kali menyuarakan masalah gangguan bekalan elektrik
di sabah dan berharap di bawah Rancangan Malaysia Ke 11, perkhidmatan bekalan
elektrik terutamanya di kawasan bandar seperti Kota Kinabalu dan Sandakan dapat
dibaiki lagi.
Kestabilan
bekalan elektrik bukan sahaja mencerminkan kemajuan sesebuah negara, ianya juga
merupakan salah satu faktor yang menjadi penilaian oleh pihak pelabur dari
dalam dan luar negara untuk melaburkan modal bagi membangunkan sesuatu projek
di sesebuah kawasan, kata Linda.
Sememangnya
tenaga elektrik amat penting dan merupakan keperluan asas yang diperlukan oleh
semua rakyat samada di bandar mahupun di kampung – kampung, mahu tidak mahu
tidak dapat lari dari menggunakan tenaga elektrik, tambah beliau.
Dalam
perkembangan yang lain, Linda berkata bahawa usaha murni kerajaan dengan
memperkenalkan projek rumah mampu milik Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dan
program perumahan rakyat di seluruh negara merupakan satu langkah bijak yang
boleh membantu lebih ramai rakyat memiliki rumah sendiri.
“Ini
dapat meningkatkan taraf hidup rakyat dan memberi kesejahteraan kepada rakyat
di negara ini terutamanya kepada golongan rakyat yang berpendapatan rendah dan
sederhana,” kata beliau lagi.
Adalah
amat diharapkan agar projek-projek PR1MAini diperbanyakkan lagi bagi
membolehkan lebih ramai rakyat negara ini memiliki rumah sendiri, tambah Linda.
“Dengan
pembangunan pesat di bandar-bandar utama di sabah, seperti Kota Kinabalu,
Sandakan dan Tawau, terdapat masalah setinggan yang berpunca dari penghijrahan
penduduk-penduduk dari desa ke bandar.
Sehubungan
dengan ini, Linda mencadangkan agar penduduk-penduduk di kawasan
setinggan ini, yang banyak terdapat di kawasan parlimen Batu Sapi yang beliau
wakili, diberi keutamaan dalam projek-projek PR1MA dan program perumahan rakyat
ini.
No comments:
Post a Comment