OLEH:
SHAIMON S JUMADI
KERJASAMA KUKUH ... James semasa mempengerusikan mesyuarat Umno Bahagian Beluran yang membincangkan aktiviti-aktiviti sepanjang bulan Ramadan al-Mubarak ini
SUGUT:- Ketua Umno Bahagian Beluran, Datuk James Ratib
berkata ahli-ahli Umno setiap peringkat tanpa mengira apa jua jawatan hendaklah
sentiasa memastikan kekuatan jentera terus mantap daripada saling bertelagah
akhirnya merosakkan parti itu sendiri.
Ini katanya, punca kelemahan kepada parti
apabila wujudnya berpuak-puak kalangan sesama sendiri sedangkan parti tidak
mahu ahlinya bergeseran sebaliknya menanam semangat jitu ke arah mewujudkan
kerjasama yang lebih kukuh.
Tegas beliau, sikap sedemikian rupa perlu
diketepikan sama sekali kerana ianya tidak membawa apa-apa kebaikan apatah lagi
ketika parti keramat seperti Umno yang sentiasa berusaha membela nasib bangsa,
agama dan negara.
"Kita ketepikan semua ini ... apa yang
penting sekarang perkukuhkan kerjasama dengan meningkatkan semangat terus
bersatu padu untuk kepentingan parti yang banyak membantu rakyat itu,"
ujarnya.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sugut turut
menyuarakan sokongan padu yang tidak berbelah bagi Umno Beluran kepada Perdana
Menteri merangkap Presiden Umno iaitu Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan Ketua
Menteri selaku Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah, Datuk Seri Musa Haji
Aman.
Menurutnya, Umno bahagian berkenaan akan
sentiasa membantu untuk memastikan kelangsungan parti terus utuh sekali gus
memperkasakannya demi kepentingan rakyat seluruhnya.
Beliau berkata demikian ketika
mempengerusikan Mesyuarat Umno Beluran yang telah berlangsung di Grand Ballroom,
Sabah Hotel, dekat sini, petang Selalu.
Mesyuarat selama dua jam ini membincangkan
aktiviti-aktiviti Umno Bahagian sepanjang bulan Ramadan al-Mubarak iaitu
program berbuka puasa dan penyampaian sumbangan kepada fakir-fakir miskin
termasuklah golongan kurang kemampuan kepada penduduk Beluran khasnya Sugut.
Mesyuarat turut menetapkan majlis rumah
terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri akan dibuat di Pekan Baru Botition, Sugut.
Dalam pada itu, mesyuarat yang menjurus
kepada perbincangan aktiviti di sepanjang Ramadan turut membangkitkan hal-hal
lain antaranya proses keahlian sebagai ahli Umno dan daftar pemilih.
Turut dibincang gerak kerja usaha-usaha
memperkasakan parti Umno di kawasan Beluran yang mana setiap ahli memainkan
peranan penting dalam memastikan hala tuju parti.
James yang juga merupakan Pengerusi Sedcovest
Holdings Sdn Bhd kemudiannya berbuka puasa bersama rakan-rakan ahli
jawatankuasa bahagian di Plantation Cafe, Sabah Hotel.
Hadir sama Ketua Wanita Umno Beluran, Indang
Datu Asibi; Ketua Pemuda, Samad Jamri; Ketua Puteri, Julie Sabran; Setiausaha
Bahagian, Mohd Omar Amsulong dan Ketua Penerangan, Abdul Wahab Ghani serta
Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Sugut, Jalil Atang.
No comments:
Post a Comment