PERKATAAN BELASAH TIDAK WAJAR DILAFASKAN UNTUK KERABAT DIRAJA


NUKILAN ISMAILY BUNGSU

SEMUA BERHAK MENEGUR
~sultan nak dibelasah, rakyat biasa?~

INI negara bukan hak BN atau PR atau mana-mana  parti dan bukan hak sesiapapun.

Negara ini milik rakyat Malaysia anugerah Allah dan sesiapa jugapun berhak menegur tak kira apakah ia sultan, raja atau atau tukang angkat tahi/yang bersihkan tandas sebab semua ada hak mengundi dan tentukan kepimpinan dan ini tercatat dalam perlembagaan soal hak menentukan kepimpinan negara.

Seorang menteri atau wakil rakyat tugasnya memimpin negara/negeri harus penuh ikhlas dan bukan sebaliknya yang sarat dengan sesuatu yang tersembunyi alias ada niat menipu untuk kayakan anak bini, kroni suku sakat sendiri.

Tungku Ismail Ibni Sultan Ibrahim sekadar komen soal ketidak hadiran Perdama Menteri (PM)  dan kemudian Nazri Aziz selaku menteri melenting membabi buta dan terkeluar perkataan agar Tungku tidak usah campuri politik untuk elak kena belasah.

Perkataan belasah itu jelas memperlihatkan kesamsengan dan keSOMBONGan yang tidak bertempat dan amat keterlaluan.

Sultan kerabat diraja nak dibelasah dan kita ini rakyat biasa bagaimana?

Inilah masalah menteri-menteri  dalam dalam kerajaan yang memang sudah tahu bersalah tetapi tidak boleh pula ditegur dan balasan yang diterima asyik mahu belasah dan sama seperti Zaid Hamidi yang membelasah kekasih anaknya hingga patah tulang dan perangai semacam ini sebenarnya tidak layak menjadi pemimpin rakyat yang mahukan kepimpinan yang baik.

Dalam negara yang namanya Malaysia ini sesiapapun punya hak untuk menegur dan sebagai pemimpin kena siap untuk ditegur demi kebaikan meski seseorang itu bukan politikus tetapi rakyat biasa yang sama hak punya satu undi untuk tentukan kepimpinan negara bangsa dan agama.

Tungku Ismail Ibni Sultan Ibrahim melalui "message for Malaysian" yang dikirim agar pemimpin yang ada semula meneliti kenapa rakyat hilang kepercayaan terhadap mereka disamping menjelaskan pemimpin bukan tuhan yang tidak boleh ditegur dan mengharapkan ahli-ahli  politik haruslah telus, bersih ketika menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan oleh rakyat.


No comments:

Post a Comment