OLEH: MOHD SUFFIAN KAMARULZAMAN
LAWAT.....Linda Tsen lawat ke bangunan SMK Muhibbah tinjau masalah
BATU
SAPI:-
Ahli Parlimen Batu Sapi Datuk Linda Tsen Thau Lin akan menggunakan peruntukan
Ahli Parlimen beliau untuk membina bumbung di bangunan Sekolah Menengah
Kebangsaan (SMK) Muhibbah.
Linda menyampaikan berita baik itu selepas
menerima permintaan pihak sekolah ketika beliau serta pegawai-pegawai beliau
membuat lawatan ke sekolah tersebut.
Kerja-kerja membina bumbung itu akan
dimulakan dalam tempoh terdekat dan apabila siap kelak, para pelajar serta
guru-guru akan terlindung dari kepanasan matahari atau hujan semasa perhimpunan
sekolah.
Mereka juga boleh mengadakan aktiviti-aktiviti
sekolah dibawah bangunan yang berbumbung berkenaan. Turut hadir dalam lawatan
ialah Ketua Pegawai Perhubungan Pejabat Ahli Parlimen Batu Sapi Kong Nyuk Thou.
No comments:
Post a Comment