OLEH: SHAIMON S JUMADI
MESYUARAT PERTAMA KRT Amir mempengerusikan Mesyuarat Perlantikan AJK KRT PPR Taman Murni 2015-2017
SUNGEI SIBUGA:- Pertandingan merebut jawatan Pengerusi Rukun Tetangga
(KRT) PPR Taman Murni yang diadakan baru-baru ini kemenangan telah berpihak
kepada Amir Hamza Zakaria untuk menyandang Pengerusi KRT PPR Taman Murni bagi
tempoh 2015/2017.
Sementara Timbalan Pengerusi disandang oleh Hussain Abas Setiausaha Kehormat disandang oleh Azis
Durais.
Manakala Penolong Setiausaha dan Bendahari Kehormat masing-masing disandang
oleh Zaitun Abd Hamid dan Emilia Zakaria.
Dalam mesyuarat yang diadakan malam tadi seramai 20 AJK telah
dilantik untuk memegang satu-satu
jawatan dalam badan-badan biro.
ALBUM.. Gambar AJK KRT PPR Taman Murni kelihatan Pengerusi KRT Baru Amir Hamza Berbaju Warna Kuning
Antara badan biro yang dibentuk ia Biro Pendidikan, Biro Ekonomi dan
Niaga,Biro Dakwah dan Agama, Biro Sosial dan Kebajikan Biro Sukan, dan
Kebudayaan, Biro Hiburan dan Pentas dan Biro Tabung Bencana dan Musibbah.
Kata Amir sesiapa yang memegang satu-satu Biro itu mereka mesti
mempunyai tanggungjawab dan peranan masing-masing untuk melaksanakan apa jua
program agar semua aktitiviti yang dirancang akan dapat dilaksanakan dengan
jayanya.
Sambil itu Amir mengucapkan terima kasih kepada semua penduduk PPR Taman
Murni kerana telah memberikan kepercayaan penuh kepada beliau untuk menerajui
kepimpinan Rukun Tetangga PPR Taman Murni bagi tempoh 2015-2017.
“Saya berjanji saya akan jalankan tugas dengan lebih gigih seperti yang
telah diamanahkan ini tapi yang penting
kerjasama daripada semua AJK KRT adalah amat duperlukan demi menjayakan segala program
yang akan dan sedang dirancangkan” Ujarnya
Amir yang juga Pengerusi Induk Seluruh Blok PPR Taman Murni memang
disegani oleh para penduduk lagipun beliau rapat dengan pemimpin atasan UMNO ramai pegawai kerajaan Negeri dan Persekutuan
segan dengan kepimpinan beliau apa saja urusan yang diatur semuanya ok tiada yang tidak
ok inilah kelebihan yang ada pada diri Amir Hamza Zakaria.
No comments:
Post a Comment