“SURAT KEPADA EDITOR”
TERLEBIH dahulu saya
memohon jasa baik kepada Editor agar
dapat menyiarkan artikel ini di ruangan Surat Kepada Editor untuk tatapan semua mengenai isi hati yang
tersirat dan yang tersurat mengenai Tragedi Gempa Bumi Gunung Kinabalu.
Saya
berasa kecewa dengan prestasi agensi kerajaan yang lembab dalam menangani
operasi penyelamatan (search and rescue) selepas gempa bumi berlaku di Gunung
Kinabalu.
Sudah
tentu, dengan kritikan yang banyak terhadap pasukan penyelamat kita, ia telah
menjejaskan imej negara. Justeru saya mencadangkan penubuhan sebuah
jawatankuasa terpilih parlimen bagi menyiasat dan mengkaji semula secara
menyeluruh semua aduan dan kritikan itu.
Persoalan
yang ingin saya bangkitkan ialah adakah SAR mengikut SOP yang ada? Atau, adakah
SOP itu kurang effisien hingga menyebabkan kelewatan? Mengapa helikopter tidak menyelamatkan orang
di atas bukit manakala hanya membuang makanan ke bawah?
Akibat proses
penyelamatan begitu lambat dan tidak efektif, akhirnya malim gunung (mountain guide) sahaja
yang kehadapan menjalankan tugas penyelamatan.
Apakah
tugas SAR pada ketika itu? Kenapa EMET yang ditugaskan sebagai Emergency
Medical lewat tiba dan hanya sampai selepas 42 jam berlakunya gempa bumi? Semua
soalan-soalan ini haruslah dijawab dan
diberi penjelasan khususnya kepada rakyat Sabah termasuk keluarga mangsa-mangsa!
Semua
kritikan ini telah dilaporkan oleh Media Antarabangsa seperti CNN, ABC, BBC, ia
telah menjatuhkan air muka kita. Post mortem perlulah dibuat dan satu laporan
hendaklah dikemukakan supaya semua masalah ini tidak akan diulangi apabila
gempa bumi akan berlaku lagi.
Saya mendesak
kerajaan memeriksa semula semua bangunan di sekitar kawasan bencana supaya ia
mempunyai ciri-ciri boleh tahan dari gempa bumi berlaku. Kerajaan juga harus
mengambil inisiatif supaya mendidik anak-anak kita bagaimana menghadapi apabila
gempa bumi berlaku kelak.
Akhirnya,
saya menyeru kerajaan mengumumkan satu hari sebagai “National Mourning Day”
memandangkan bencana ini bukanlah isu Sabah semanat-mata, ia merupakan peristiwa
yang amat malang bagi Malaysia.
Singapura telahpun
mengumumkan National Mourning Day, tetapi kerajaan persekutuan nampaknya
langsung tidak prihatin terhadap apa yang berlaku di Sabah, kerajaan juga tidak
peduli perasaan rakyat Sabah yang sedang bersedih. Ia jelas menunjukkan sikap
kerajaan yang menganak tirikan Sabah. Saya harap YAB Perdana Menteri jangan
lagi mengecewakan rakyat kita.
Yang benar
STEPHEN WONG TIEN FATT
AHLI
PARLIMEN SANDAKAN cum
TIMBALAN
PENGERUSI DAP NEGERI SABAH
No comments:
Post a Comment