OLEH: SHAIMON S JUMADI
BATU SAPI:- Di bulan Ramadan Al-Mubarak selama sebulan ini
semua pemimpin politik tidak kira parti penyokong kerajaan mahupun parti pembangkang yang ada
tanggungjawab masing-masing kelihatan sibuk di sana sini untuk menemui para
penduduk.
Mereka bukan datang dengan tangan kosong
sahaja namun membawa segala
barang-barang keperluan untuk berbuka puasa dan menyambut hari leberan nanti.

Inilah peranan seorang Wanita Batu Sapi Rahimah
yang semakin dekat dihati penduduk semakin di sayangi oleh masyarakat setempat
dengan perjuangannya banyak menjurus
membantu kepada insan-insan yang memerlukan.
RAHIMAH sentiasa bersama pemimpin melawat kampung

Gandingan mantap Rahimah sebagai Ketua Wanita
UMNO Bahagian Batu Sapi dengan dua seorang pemimpin antara Datuk Hj Samsudin
Yahya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekong dan Datuk Linda Tsen Thau Lin
Ahli Parlimen Batu Sapi.
Kesefahaman ketiga pemimpin ini begitu intim
senang bagi mereka menjalankan sebarang akrtiviti kemasyarakatan di kawasan
Sekong dan Batu Sapi kerana mendapat kerjasama antara satu sama lain.
No comments:
Post a Comment