OLEH: SHAIMON
S JUMADI
SIMPATI... Wong sedang menyatakan sesuastu kepada macik Alilah
SANDAKAN:-Membantu kepada orang susah khususnya miskin tegar
tidak terletak dibahu para pemimpin
kerajaan semata-mata untuk meringankan sedikit beban pendiritaan yang ditanggung.
Malahan wakil pembangkangpun yang mempunyai rasa simpati terhadap golongan ini turut membantu seberapa yang mampu dan
terdaya.
Macik yang berumur 82 tahun duduk dengan anak angkatnya disebuah rumah
PPRT dikenali Alilah Bti Akbal yang
hidup dalam kemiskinan dan anak
angkatnya setiap hari meminta sedekah kerumah-rumah untuk mencari sesuap nasi
untuk makan pagi dan petang.
Menurut Alilah dulu dapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM300.00 setiap bulan tetapi kini
bantuan telah dibatalkan walaupun dia
tergolong miskin tegar menurut pegawai
berkenaan bahawa Alilah tidak layak menerima bantuan dari kerajaan.
Sejurus selepas dari rumah Alilah kemudian Wong pergi ke Sim-Sim Rumah
Murah untuk menziarahi keluarga Othman
Jouni 50 tahun juga tergolongan miskin tergar.
Kata Othman diapun telah memohon bekalan eletrik dan air paip tetapi
sehingga ke hari belum ada jawaban
daripada pihak-pihak yang berkenaan.
No comments:
Post a Comment