SALAHUDDIN ANOI PRESIDEN PERSATUAN ORANG SUNGAI MILIAN KINABATANGAN (POSMIK)

OLEH: SHAIMON S JUMADI

ALBUM... Barisan Ahli Jawatankusa Induk POSMIK


KINABATANGAN:- Penubuhan Persatuan Orang Sungai Milian  Kinabatangan Sabah atau ringkasnya (POSMIK) yang diadakan baru-baru ini sebagai anjakan  untuk penyatuan yang intim di kalangan suku-suku Sungai di kawasan Kinabatangan.

Hasil daripada kerjasama semua hali jawatankuasa penaja POSMIK ini akhirnya pihak ROS (ROS (Register of Society Sabah) telah meluluskan pendaftarannya  sebagai sebuah badan NGO yang  berdaftar,
 
Demikian dijelaskan oleh Pengerusi POSMIK Haji Salahuddin  Hj Anoi ketika bericap pada majlis mesyuarat POSMIK bagi kali pertama diadakan  di sebuah hotel 2 and 1 Bandar Ramai-ramai Jalan Leila dekatui disini.

Kata Hj Salahuddin di i Sabah, khususnya di Kinabatangan telah wujud beberapa persatuan berasaskan suku kaum orang sungai. Barangkali timbul juga persoalan, untuk apa terlalu banyak persatuan orang sungai sedangkan yang ada pun sesetengah darinya berada dalam keadaan “Hidup Segan Mati Tak Mahu” atau berangkali jua timbul andaian bahawa akan berlaku persaingan dan pertindihan matlamat kewujudan antara satu sama lain dan akhirnya berlaku perpecahan sesama kita suku kaum orang sungai.

“Kalau sebelum ini kita pernah mendengar persatuan yang ditubuhkan oleh saudara-saudara kita seperti Persatuan Bangsa Sungai Sabah (SABAS), Pertubuhan Sungai bersatu Sabah (PSBS), Pertubuhan Bangsa Sungai Kg.Kaingarau, Ranau (PUSAKA). Maka pada hari ini wujud satu lagi persatuan suku kaum Orang Milian Kinabatangan Sabah (POSMIK)


“Pada pengematan saya, bahawa ia tidaklah menjadi suatu kesalahan atau kejanggalan apabila terdapat banyak persatuan berasaskan suku kaum orang sungai kerana yang paling penting kewujudan persatuan seperti POSMIK ini adalah saling lengkap melengkapi antara satu sama lain dan bukan bersaing atau mewujudkan pergeseran serta persengketaan.
Sehubungan dengan itu, kita seharusnya berganding bahu bersama kerajaan dan pemimpin-pemimpin dalam membangunkan rakyat dan masyarakat.

Bagi saya masih terdapat lompang-lompang kehidupan yang perlu dibantu terutama kepada suku kaum Orang Sungai Milian Kinabatangan"

Walaupun pada hakikatnya, kita ini semuanya membesar di tepi sungai Kinabatangan tambayhnya lagi kita meminum air sungai yang sama, namun tetap ada perbezaan diantara kita.
Perbezaan itu tidak dapat dielakkan, misalnya dari sudut bahasa, jelas orang Sungai Milian, walaupun kita memahami antara satu sama lain, namun tetap ada perbezaan begitu juga dari sudut adat resam dan tradisi.

“Anda sekalian, sebenarnya kita ini tidaklah begitu jauh ketinggalan dalam pelbagai bidang jika dibandingkan dengan suku kaum lain, bagaimanapun, sikap semula jadi suku kaum Orang Sungai Milian yang pemalu, tidak suka menonjol  diri dan sentiasa mengalah.

Ini jelas menampakkan seolah-olah kita ini tiada apa-apa dan lemah, seebenarnya sifat Orang Sungai Milian ini lebih bersikap tolak-ansur, bertimbang rasa dan mengutamakan kerukunan dan kedamaian dalam bermasyarakat” Tambah beliau.

Dalam konteks ini  perlu saya berikan sedikit penjelasan jika kita menoleh kepada pencapaian kita dalam bidang seperti pendidikan, ekonomi, kebudayaan, sukan dan lain-lain. mungkin kita tidak menyedari bahawa anak jati suku kaum Orang Sungai Milian Kinabatangan ini telah ramai yang menceburi dan boleh dianggap berjaya dengan cemerlangnya dalam bidang masing-masing” Ujarnya.

Contoh terdekat dimana ramai anak-anak Orang Sungai Milian telah mencipta nama dalam bidang profesional. Dalam bidang guaman atau perundangan misalnya nama seperti En.Abdul Razak Bin Hj.Jamil yang memiliki firma guaman peguam bela dan peguamcara beliau sendiri di kota kinabalu. Manakala Pn.Safiah Binti Hj.Aliasa bertugas sebagai penasihat undang-undang di Majlis Perbandaran Sandakan. En.Sahlan Bin Jufri menjalankan kongsi niaga di firma guaman dengan rakan-rakan di kota kinabalu  ini juga amat turut dibanggakan.

Bercakap dalam dalam bidang pendidikan dan akademik Jelas beliau “kita ada nama-nama besar seperti Profesor Dr.Mahmud Bin Hj.Sudin yang pernah menjadi Dekan Fakulti Perhutanan di Universiti Malaysia Sabah dan kini menjadi orang penting di Kolej Universiti Yayasan Sabah, Kota Kinabalu. Tuan Hj.Ahmad Bin Abdul, Tuan Hj.Momin Bin Awang Damit, Tuan Hj.Mahalan Bin Pindot dan Tuan Hj.Mohd Zain Bin Jahari yang banyak memberi sumbangan dalam bidang pendidikan sekolah rendah dan menengah di daerah Kinabatangan dan Sandakan.

 Sementara di bidang pentadbiran, kita ada saudara Abdullah Hj.Sani dan En.Mohammad Bin Zikrun yang pernah berkhidmat sebagai pentadbir awam kanan di jabatan-jabatan kerajaan negeri sabah. Selain daripada itu, kita ada En.Kassim Hj.Sangi yang sedang menyandang jawatan sebagai penyunting kanan (senior editor) dalam akhbar harian “The Daily Express.

Selanjutnya Salehuddin berharap agar  semua Ahli Jawatankuasa POSMIK ini akan dapat bergandingan bahu untuk memikul tanggungjawab yang telah diamanahkan bekejasama antara satu sama lain demi menjalinkan hubungan mesra bagi memastikan POSMIK dapat mengorak langkah lebih jauh ke arah mencapai misi dan visi yang kita sedang rancangkan.

No comments:

Post a Comment