UNTUK MEMBALAS BUDI RAKYAT SABAH PM HARUS CAMPURTANGAN CUKAI EKSPORT HASIL LAUT...TEGAS WONG

OLEH: SHAIMON S JUMADI

KOTA KINABALU:- Pihak kerajaan yang mengenakan cukai eksport  hasil laut sebenarnya itu bukan cara Barisan Nasional (BN) yang  terbaik untuk membalas budi rakyat Sabah.

Namun DAP berpendapat jika Perdana Menteri Datuk Seri Najib dengan telus ikhlas mahu membalas budi Sabah ataupun seperti yang beliau katakan  BN terhutang budi kepada orang Sabah lantas beliau harus campurtangan menangani  isu cukai eksport hasil laut itu khususnya di Sabah

Ahli Parlimen Kota Kinabalu Jimmy dan Ahli Parlimen Sandakan Stephen mereka masing-masing mengeluarkan kenyataan yang sama di Parlimen pada 17hb Jun 2015 berhubung dengan isu berkenaan

Menurut kenyataan, kerajaan Sabah akan melaksanakan satu dasar cukai yang baru, iaitu mengenakan “cukai jualan eksport hasil laut”, kadar cukar adalah 5% kepada jumlah eksport.
“Kami telah menerima banyak aduan daripada pengusaha eksport hasil laut dan ikan, kebanyakannya membantah kerajaan negeri melaksanakan dasar cukai baru ini terhadap hasil laut.”


Hasil laut yang dihantar dari Kota Kinabalu ke Labuan juga mungkin akan dikenakan cukai jualan! Adakah ini adil? Perdana Menteri pernah mengatakan Sabah merupakan

“Negeri Deposit Tetap”, tetapi Sabah kini juga merupakan negeri pertama dalam negara ini yang mengenakan cukai jualan eksport hasil laut! Bukan sahaja yang pertama di seluruh Malaysia, malah di seluruh dunia!

Menurut kenyataan, perbuatan kerajaan BN Sabah ini, adalah bertentangan dengan dasar Kerajaan Persekutuan BN. Kita sepatutnya menggalakkan aktiviti eksport, bukannya melemahkan daya persaingan sektor pengeksportan hasil laut kita di antarabangsa.

Demi merangsang sektor pengeksportan ikan dan hasil laut yang lain, kerajaan persekutuan memberikan pelbagai galakkan, seperti memansuhkan cukai atau mengurangkan kadar cukai, memberikan insentif cukai pelaburan, penyelidikan dan lain-lain. Ikan juga tidak dikenakan GST kerajaan persekutuan.

Kenyataan tersebut juga menunjukkan, mengikut statistik Jabatan Perikanan Sabah, jumlah nilai eksport ikan pada tahun 2010 adalah RM687,777, manakala jumlah import dalam tahun yang sama adalah RM165,174, ini menandakan kewujudan keseimbangan perdagangan.

Oleh itu, tiada masalah tentang pembekalan tidak mencukupi di pasaran tempatan.

“Pada pandangan kami, Sabah sepatutnya dijadikan sebagai kawasan tumpuan eksport akuakultur, selaras dengan Halatuju Sabah dan Koridor Pembangunan Sabah, meningkatkan kuantiti eksport ikan. Malangnya, kerajaan BN Sabah ingin melaksanakan dasar cukai yang bertentangan dengan konsep eksport ini.”

“Kerajaan BN Sabah mengenakan cukai jualan pada ikan, hanya akan mengurangkan kuantiti eksport. Sedangkan pesaing kita tidak mengenakan cukai, bagaimanakah pengusaha sektor ikan kita bersaing dengan mereka di antarabangsa? Indonesia, Filipina dan Thailand tiada mengenakan cukai ke atas hasil ikan, negara China pula memberikan ganjaran 15% kepada pengeksport ikan.”

“Kini, sektor penangkapan ikan di Sabah juga mengalami banyak masalah, seperti masalah subsidi Diesel (baru-baru ini berlaku di Kudat dan Sandakan), keselamatan penternak ikan terancam seperti yang berlaku di Kunak pada tahun lalu, kerajaan harus membantu mereka dan bukannya menimbulkan masalah.”

“Cukai jualan bukan sahaja menjejaskan pengeksport, malah menjejaskan sektor hasil laut secara keseluruhan, dari nelayan, pemborong sehingga ke kilang-kilang yang berkaitan. Para pengusaha yang berkenaan telah berkali-kali ingin berjumpa dengan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman untuk membincangkan masalah cukai jualan ini, tetapi Ketua Menteri terlalu sibuk dan tidak dapat meluangkan masa untuk berjumpa dengan mereka.

Mereka juga telah menghantar sebuah memorandum kepada Ahli Parlimen Tawau, tetapi langsung tiada sebarang tindakan selepas itu.”

“Adakah kerajaan takut untuk berjumpa dengan rakyat dan mendengari kesusahan mereka? Seperti perbuatan Perdana Menteri dalam forum ‘Nothing To Hide’ baru-baru ini? Ujarnya

Jika beliau benar-benar seorang pahlawan, maka beliau harus membukti kepada rakyat dan masuk campur ke atas isu cukai jualan eksport hasil laut ini!” ujar mereka.




No comments:

Post a Comment