OLEH:
SHAIMON S JUMADI.
SANDAKAN:-
Kejohanan Badminton Tertutup anjuran Gaos Bog-Bog Anak Sampulna Sandakan telah
dilangsungkan di Dewan Kompleks Sukan dekat sini baru-baru ini
Seramai 22 pasukan beregu
telah menyertai kejohanan itu dan kesemunya adalah terdiri daripada anak-anak Semporna yang bekerja
dan tinggal di daerah Sandakan.
Menurut Pengerusi Gaos
Bog-Bog Anak Kumpulan Sempolna Mohd Sidek Libada tujuan menganjurkan kejohanan
badminton tertutup itu adalah khusus untuk memupuk dan mengeratkan siratulrahim di kalangan keluarga Gaos Bog-Bog.
Dalam pada itu juara
kejohanan tersebut telah dimenangi oleh Majidun Alawadin dan Mohd Nor Ulmi dengan membawa pulang piala pusingan Gaos
Bog-Bog.

Manakala tempat keempat
disandang oleh Ismail Hj Ujang dan Saidullah.
Kejohan Badminton tersebut
dirasmikan sendiri oleh Mohd Sidek Libada antara lain beliau menjelaskan
Gaus Bog-Bog adalah bermaksud prihati dan membela serta membantu keluarga tanpa mengharapkan sebarang balasan, lantaran disesuaikan dengan
slogan ini iaitu Gaos Bog-Bog telah
membentu beberapa badan biro-biro kecil
seperti Biro Dakwah dan Agama, Biro Sukan dan Biri Kebudayaan serta Biro
Kebajikan.
Sidek selanjutnya berharap semua anak-anak Semporna yang bekerja dan
menetap di Sandakan dapat tampil dan
menghubungi Pengerusi, Setiausaha ataupun Bendahari Gaos Bog-Bog bagi menyertai sebarang aktiviti yang telah
dirancangkan itu.
No comments:
Post a Comment