SIKAP SUKA MEMBUANG TUALA WANITA (MODES) PUNCA UTAMA SALIRAN PEMBENTUNGAN SERING TERSUMBAT.. CHANG

OLEH: SHAIMON S JUMADI

SEKONG-  Kurangnya sikap bertanggunjawab segelintir penduduk terutamanya golongan wanita di kawasan Perumahan Taman Anggerik yang gemar membuang dengan sesuka hati Tuala Wanita (Modes) kedalam lubang mangkok tandas (Jamban) adalah punca sebenar saliran bembentungan najis sering tersumbat ini menyebabkan tahi berlempahan di 7 blok  di kawasan tersebut.

Chang Shak Hung Penolong Setiausaha DAP Sandakan yang menerima aduan daripada penduduk setempat mengenai fenomena ini lantas menguhungi pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi memaklumkan 7 blok saliran najis di kawasan perumahan Taman Aggerek tersumbat.

Dengan rasa tanggungjawab pihak JKR kelmarin mereka telah menyenggelarakan semua  saliran najis yang tersumbat dan masih mandapati  beberapa tuala wanita menyangkut dicela-cela lumbang tersebut.


SUMBAT..Chang sedang dimaklumkan oleh pekerja JRK mengenai punca saliran najis sering tersumbat akibat sikap wanita yang suka membuang tuala wanita (modes) kedalam lubang mangkok tandas jadinya semua blok bermasalah.


Chang menasihati golongan wanita yang tinggal di perumahan Taman Anggerek dan dimana-mana jua tempat tolong jangan membuat  tuala wanita ke dalam lubang mangkok tandas kerana inilah punca  sebenar saliran najis selalu tersumbat.

Katanya disebabkan perbuatan tidak bertanggungjawab wanita bebuat sedemikian rumah ini telah menyusahkan penduduk yang lain kerana perbuatan beberapa orang wanita yang gemar membuang tuala wanita ke dalam tandas semuanya mendapat  risikonnya barang kali kamu suka melihat tahi berlempah ruah sebagai perhiasan di kawasan rumah kamu dengan terhidu bau tahu setiap hari.

“Saya cadangkan kepada Ahli Dewan Undungan Negeri (ADUN) kawasan Sekong agar menubuhkan satu badan iaitu Jawatankuasa Kemasyarakatan Dalam Bandar (JKDB)  di Taman Anggerik jika sudah tertubuhnya JKDB di taman tersebut mereka boleh menjaga kawasan itu dengan baik dan semua masalah yang terdapat di kawasan perumahan itu mereka boleh mengadakan perbincangan antara satu sama lain untuk mengadakan sebarang aktiviti-aktiviti kemasyarakatan” Ujarnya.


Chang mengucapkan terima kasih kepada pihak JKR kerana begitu bertanggungwab  terhadap masalah di kawasan perumahan itu. 

No comments:

Post a Comment