OLEH: ISMAILY BUNGSU
KENAPA ORANG MELAYU MASUK DAP TEMPAH NERAKA...Adakah UMNO satu jaminan ahli-ahlinya masuk syurga
Prof Dr. Mohd Ridhuan Tee kata kalau mahu
sertai parti harusnya dipilih parti yang boleh bawa ke syurga?
Apakah UMNO yang korup pemimpinnya jamin bawa
ke syurga atau mungkin ke neraka kesan subahat? atau apakah PAS juga boleh bawa
ke syurga, sementara DAP dan PKR bawa ke neraka?
Kelihatannya Prof ini
bercakap tidak lagi berdasarkan akal baik kesan di kepalanya tiada lain dan
bukan ialah UMNO itu seperti menjanjikan masuk syurga.
Beliau mengkritik bila Pak Samad mengambil
keputusan sertai parti DAP dan tidak sertai parti2 lain termasuk PKR. kenapa?
Kalau bukan Pak Samad, lalu siapa lagi yang
dapat menjadi perantara antara DAP dan orang Islam?
Kalau Pak Samad sertai PKR bermakna semacam
menjauhkan diri dari DAP dan tindakan pak Samad memang NGAM dan tepat sekali.
Sebenarnya Pak Samad tidak perlu sertai
mana-mana parti sebab Pak Samad sendiri lebih hebat banding berparti tetapi
kesan memikirkan sikap menjadi orang perantara, maka itulah antara sebab Pak
Samad sertai parti.
Saya dan Pak Samad pernah keliling 3 bulan bersama untuk didik anak bangsa bagaimana cara cipta dan baca puisi dan saya kenal sangat pendirian pak samad
yang tidak pernah berubah perjuangannya demi kemanusiaan sejagat dan bukan kepentingan diri sendiri.
Zaman Nik Aziz, kalangan suku kaum tionghua
sudah begitu akrap dan ada yang membawa sepanduk PAS dan memuji kepimpinan Nik
Aziz tetapi sesudah Nik Aziz meninggal dan diganti dengan Hadi, maka suasana
itu berubah dan tidak seperti dulu dan kelihatannya baik cina atau india
semakin menjauh.
Jadi, dengan adanya Pak Samad di DAP maka ia
bisa menjadi duta dan bisa semula baiki hubungan dengan yang bukan melayu
islam. Kalau tidak cara demikian, maka apakah sengketa akan terus berlaku kesan
kepimpinan PAS yang ada sekarang?
Jangan lupa baca sejarah Parameswara dan Cheng
Ho yang menyebabkan Islam berkembang pesat di Melaka di abad-15 dan akhirnya
Islam menjadi agama rasmi kerajaan Malaysia.
Jasa dan budi orang China/yang dikata Komunis
itu cukup hebat dan harus dikenang kekal abadi.
________________________________________________
ULASAN EDITOR KANAN
Bagi pendapat saya tidak salah kalau
Melayu/Bumiputera Islam menyertai DAP yang diterajui kepimpinan oleh bangsa
Cina.
Kalau bangsa
Melayu menyertai DAP dicap sebagai petuang bangsa Melayu sedangkan DAP
adalah parti berbilang kaum itulah atas kesedaran orang Melayu kini mula ramai
orang-orang Melayu yang bergelar cendiakawan (Intelektual)
menyerati DAP.
Satu saja soalan yang perlu di jawab kenapa
orang Melayu di Semenanjung damn di Sabah menyertai Parti Gerakan ditidak
dipertikaikan kenapa bila orang Melayu masuk DAP dicap sebagai durhaka
kepada bangsa,Agama dan Negara.
Apa bezanya DAP dan Gerakan termasuk parti LDB
ramai 0rang bumiputera menjadi ahli LDP kenapa tidak menjadi kritikan dan apa
bezanya siapa presidennya pemimpin nombor satu dalam ketiga-tiga parti itu yang dipimpin
masyarakat Cina.
Sebagai kesimpulan barang kali DAP adalah
parti pembangkang bila orang melayu sertai DAP macam-macam tomahan dilemparkan
kepada orang Melayu sendiri.
Kenapa orang-orang Melayu yang menyertai
Gerakan dan LDP tidak dipertikaikan sebab parti Komponen Barisan Nasional (BN)
Bagi orang yang terlalu cetek daya pemikiran
bila orang Melayu sertai DAP Parti dipimpin oleh bangsa Cina sebagai
penderhaka.
Saya amat mengalu-alukan bila mana ramai
bangsa Melayu menyertai DAP, kisah sejarah bila Parti Bersatu Sabah (PBS)
ditubuhkan pada tahun 1985 dicap sebagai parti Dusun dan Kadazan saja ramai
masyarakat Islam marah sehingga ada yang mengatakan buat apa orang Islam masuk
PBS bukan banyak bumiputa Islam menyertai parti itu.
Pada masa itu saja jadi Pemaju Mukim N18
Elopura semasa Datuk Tham Nyip Shen jadi ADUN Elopura, saya beri penjelasan “Kalau kamu sudah tahu orang
Islam kurang dalam PBS kenapa kamu tak sertai PBS supaya bilangan ahli PBS di
kalangan orang Islam bertambah.
Tahun 1986 hingga 1990 mula berinut-rinut
masyarakat Islam menyertai PBS, antara Datuk Seri Hj Hassan Alban Hj Sandukong, Datuk Ahmad Bahrom
Titingan, Datuk Zaki Hj Gusmian, Datuk
Saman Hj Gulam, dan Arwah Miong Hj Hamzah, Arwah Datuk Hj
Abdul Mali Chua sementara Datuk Hj
Nahalan Hj Damsal, Yusoff Nasir Arwah Murni Kamrun adalah terawal jadi ahli PBS ramai lagi di kalangan
masyakat Islam yang terdiri golongan intelektual.
Apabila ramai masyarakat Islam menyertai PBS
baru lenyap segala tomahan yang PBS anti Islam.
No comments:
Post a Comment