OLEH: SHAIMON S JUMADI

“Seperti yang saya telah dimaklumkan, banjir lumpur kini
berlaku di Ulu Sungai Kadamaian dan Sungai Mesilou kira-kira jam 4 petang tadi.
Banjir lumpur ini telah membawa bersamanya batu besar dan serpihan kayu besar.

Sekiranya ini berlaku air dan lumpur akan tertakung di
hulu sungai membentuk empangan sementara.
Maka dengan ini keadaan ini sangat bahaya jika empangan
ini pecah. Lebih bahaya daripada apa yang sedang berlaku sekarang.
Oleh itu penduduk yang tinggal di sepanjang sungai berkenaan
yang tinggal berdekatan dengan Gunung Kinabalu perlu berjaga-jaga.
Sekiranya mereka nampak sungai terhalang disyorkan untuk membuat
laporan secepat mungkin kepada pihak yang berkenaan” Kata Profesor Felix Tongkul
Pakar Geologi Universiti Malaysia Sabah (UMS) ketika dihubungi oleh wartawan The
Borneo Sabah Insider.Net petang tadi.
No comments:
Post a Comment