OLEH: THOMAS SUNGGIUK
KOTA KINABALU:- Sepuluh orang pelancung asing yang
mengadakan aksi bogel dengan itu Mahkamah Majistret hari ini membenarkan
permohonan polis untuk menahan reman empat pelancong asing dari Eropah bagi
membantu siasatan dakwaan melakukan aksi lucah di atas puncak Gunung Kinabalu.
Kes disiasat di bawah Seksyen 294 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman
penjara sehingga tiga bulan dan denda atau kedua-duanya sekali. Mengikut fakta
kes, seorang pengadu membuat laporan pada 2 Jun lepas di
Balai Polis Ranau yang mendakwa terdapat 10 orang pelancong berbogel di
atas puncak gunung tersebut.
Perbuatan aksi lucah itu yang turut membabitkan pasangan adik beradik,
kemudian menjadi viral di laman sosial internet. Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk
Jalaluddin Abd Rahman dalam sidang media di Ibupejabat Polis Kontinjen Sabah,
berkata suspek pertama seorang wanita berumur 24 tahun ditangkap ketika di
Lapangan Terbang Tawau pada kira-kira jam 12 tengahari semalam.
“Pada hari yang sama, tiga lagi
rakannya iaitu dua lelaki dan seorang wanita berumur antara 22 dan 23 tahun
ditahan selepas mereka menyerah diri di Ibupejabat Polis Daerah Kota Kinabalu
pada jam 6 petang,” katanya.
Sehubungan itu, beliau menggesa para malim gunung dan kakitangan Taman
Sabah agar segera melaporkan kepada polis sekiranya terdapat pelancong atau
pendaki yang melakukan aksi lucah di tempat awam.
Polis kini masih memburu enam orang lagi untuk membantu
siasatan itu apapun keenam-enam orang
pelancung yang terbabit melakukan aksi bogel di atas Gunung Kinabalu itu mereka
tak kemana-manapun kerana pintu masuk
semua lapangan terbang di Sabah dikawal rapi oleh Jabatan Imigeresen.
Sambil itu pihak polis meminta kerjasama orang ramai sekiranya terserampak
salah satu orang suspek hendaklah menghubungi mana-mana Balai Polis yang
berhampiran.
Ekoran perbuatan cabul 10 orang pelancung asing yang melakukan bogel
dipuncak Gunung Kinabalu mendapat perhatian luas dimedia-media dalam dan luar
nagara keatas kebiadapan mereka yang datang ke Negara Malaysia-Sabah tidak
menghormati budaya orang sehingga menimbulkan kemarahan rakyat Sabah
keseluruhannya.
No comments:
Post a Comment