NUKILAN ISMALY BUNGSU
HORMAT ADAT BUDAYA KAMI !
( jika tidak, sila OUT dari bumi Sabah)
SAYA membaca pelbagai komen dari dalam, luar negara termasuk dari wilayah Malaya dan ada yang baik dan ada nota/kata-kata semacam bersikap "kurang ajar" dan tidak menghormati orang Sabah.
Kekadang ada juga komen dari yang akui orang agama tetapi bahasa dilontar seolah menghampir "bodoh budaya berbahasa" dan tidak berhemah langsung serta tidak menghormati budaya keliling kita.
Memang apa saja yang berlaku di dunia ini atau sekitar kita kesan kerana Allah tetapi mengatakan Sabahan banyak buat dosa itu keterlaluan dan manusia semacam ini kurang akal harus diajar.
Banjir di Malaya rasanya tiada politikus/agamawan sabah mengatakan itu bala Allah turunkan dan alangkah baik kalau itu dikatakan " cubaan Allah buat umatnya" dan "ada hikmah" sebalik kata-kata orang Sabah asyik berbuat mungkar dan jahat seolah Sabahan ini jahat melulu tanpa ada yang masuk syurga.
Kejahatan, pub, buang anak, judi, arak, bunuh ada di mana-mana dan di Malaya sendiri saban hari ada cuma tidak dipublisitikan banding di Sabah, malah di Malaya lagi teruk banding Sabah.
sesiapa saja dari luar negeri termasuk dari barat dan wilayah Malaya datang ke Sabah/tinggal Sabah kena jaga mulut dan hati dan kena sesuaikan diri di Sabah kalau mahu hidup berbaik dan selesa di sini.
Ini Sabah terserah kepada orang Sabah apa mahunya dan soal adat budaya jangan sesiapa mahu perkecilkan dan makanya saya ulangi lagi supaya sesiapa saja yang datang ke Sabah kena siap jaga mulut dan hati jangan mencuba mengayam jantan di sini.
Orang Sabah memang baik hati tetapi kalau sudah disakiti dan dihina cerca, jangan hairan akan mucul sikap menyinga dan makan orang kesan sabar itu ada hadnya.
No comments:
Post a Comment