200 AHLI JUWITA BATU SAPI DAPAT BANTUAN BULAN RAMADAN DARI MP BATU SAPI.....RAHIMAH

OLEH: SHAIMON S JUMADI


BATU SAPI:-  Sempena bulan Ramadan Al-Mubarak yang mulai ini nampaknya seramai 200 ibu tunggal khususnya ahli-ahli Jawatankuasa Ibu Tunggal kawasan Batu Sapi tidak terpinggir begitu saja malahan sentiasa mendapat perhatian di kalangan pemimpin Barisan Nasional khususnya Ahli Parlimen Batu Sapi Datul Linda Tsen Thau Lin.

Pada majlis Pemimpin Bersama Rakyat  sempena Berbuka Puasa  Linda telah menyamnpaikan sumbangan seramai 200 orang yang terdiri dan bergelar ibu tunggal bagi kawasan Batu Sapi.
  
Dalam pada itu Rahimah Asrah menyifatkan Linda Tsen adalah merupakan pemimpin berjiwa rakyat kerana sudi membantu kepada insan yang bergelar dan berstatus ibu tunggal dimusim-musim menyambut bulan Ramadan  yang mulai ini.


“Kami selaku Wanita UMNO Batu Sapi akan memberikan sokongan tidak berbelah bagi terhadap kepimpinaLinda untuk terus menerajui parlimen Batu Sapi. 

Selanjutnya Rahimah yang mewakili ibu tunggal mengucapkan ribuan terima kasih kepada Linda atas keprihatinan dan kesudiannya membantu kepada seramai 200 orang ibu tunggal khususnya di kawasan Sekong dan Batu Sapi.


Rahimah berkata  mana-mana ibu tunggal yang tidak terseranai bagi mendapat bantuan JUWATA akan bersaha agar nama-nama mereka akan dihantar ke jabatan-jabatan berkaitan agar mereka juga dapat bantuan yang serupa dengan ibu-ibu tunggal yang lain.


“Dengan adanya bantuan yang diterima itu Insyah  Allah semoga usaha ini dapat meringankan sedikit beban yang ditanggung oleh para ibu tunggal khususnya untuk menyambut hari leberan nanti.” Ujarnya.



Katanya Majlis berbuka puasa ini semoga mendapat keeberkatan dari Allah kerana bulan ini adalah bulan yang mulia untuk kita umat Islam beribadah selama sebulan

No comments:

Post a Comment