SEMINAR HIGH ORDER THINKING SKILLS (HOTS) MENINGKATKAN MINDA PELAJAR.....KATA NORAINI

OLEH: SHAIMON S JUMADI



SANDAKAN:- Ketua Pergerakan Wanita bahagian UMNO Sandakan Noraini Sulong berkata  pelan pembangunan pendidikan 2013-2025 dirangka oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dengan objektif  melahirkan modal social yang mampu memimpin dan memacu ekonomi Negara ke arah  kecemerlangan dan kegemilangan.

“Pembentukan sosiobudaya yang positif dan pembangunan  ekonomi yang dinamik hanya boleh dicapai dengan lahirnya modal insan yang kreatif dan inovatif” katanya.

Ketika berucap di Seminar High Order Thinking  Skills (HOST) anjuran  PERWANI P186  Sandakan  yang dilangsungkan di Amadeus Sabah Hotel  dekat sini pagi tadi.

Noraini menambah ithink Club  direka dan disusun untuk mempertingkatkan minda pelajar dan membantu pelajar memahami sejauh mana minda mereka untuk berintraksi  dengan dunia disekeliling mereka.

Dalam pada itu Noraini yang mewakili Ahli Jawatankuasa Wanita UMNO Bahagian dan Cawangan-Cawangan UMNO Sandakan melahirkan ucapan takziah  kepada keluarga-keluarga mangsa tragedy gempa bumi di Gunung Kinabalu sehingga banyak mengorbankan nyawa.

Apa yang belaku di Gunung Kinabalu itu ada rahmat disebaliknya saya harap keluarga mangsa tragedy bersabar semuanya ini adalah kehendak Allah sesuatu bencana alam yang memang tidak dapat diduga. Kepada mangsa korban yang seagama dengan kita marilah kita sedekahkan Al-Fatihah semoga roh-roh mereka ditempatkan disisi orang-orang yang beriman…Amin.

Seminar tersebut telah di rasmikan oleh Tuan Haji Sh Mahada Sh Attar Pegawai Pendidikan  Daerah Sandakan teks ucapannya disampaikan oleh Ali Rahman untuk mewakili Mahada yang tidak dapat hadir kerana berada diluar daerah.

Rata-rata yang hadir kebanyakannya guru-guru besar, penolong guru besar termasuk guru-guru daripada pelbagai sekolah rendah Kinabatangan, Beluran  dan Sandakan.



No comments:

Post a Comment