OLEH: SHAIMON S JUMADI
MEMPENGERUSIKAN .....Kelihatan Rahimah sedang mengadakan perbincangan mengenai Festival Marhaban Parlimen Batu Sapi dengaN JHEAINS Badan Dakwah MPS dan AJK Wanita UMNO Batu Sapi
BATU SAPI:
Festival Marhaban Wanita Parlimen Batu Sapi 2015 anjuran Biro Agama Skuad An Nur Wanita UMNO Batu Sapi dengan
kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Bahagian dan
Badan Dakwah Majlis Perpandaran Sandakan (MPS)
Pengerusi
Penganjur Festival itu yang juga Ketua Pergerakan Wanita Bahgian UMNO Batu Sapi
Rahimah Asrah berkata demikian semasa
mempengerusikan Mesyuarat pembentukan
Ahli Jawatankuasa Kerja Pelaksana dengan para AJK Wanita UMNO Batu Sapi,
Pegawai JHEAINS dan Pegawai Badan Dakwah MPS yang diadakan di pejabat UMNO Bahagian di sini kelmarin.
Kata
Rahimah program itu akan diadakan pada
20hb September ini bertempat di Dewan Masyarakat Sandakan dan penyertaannya
adalah terbuka dan mana-mana kumpulan Marhaban yang berminat untuk menyertai festival
ini mereka boleh mendapatkan borang penyertaan di pejabat UMNO Bahagian Batu
Sapi
Rahimah
menambah kata tujuan festival Marhaban diadakan itu ialah menjurus ke arah mengimarahkan program
berteraskan keislaman dan kecintaan kepada Allah dan Rasulullah s.a.w....
Selain
itu tambah Rahimah lagi ia memberikan pengikhtirafan atas usaha
kumpulan-kumpulan Marhaban Wanita Parlimen Batu Sapi agar terus menghidupkan
sunnah dan sirah Rasulullah s.a.w...
“Disamping itu untuk mengeratkan silaturahim dan
perpaduan dalam kalangan ummah ke arah aktiviti dan budaya saling menghormati
dan menyayangi.. Semoga usaha diberkati Allah dan dipermudahkan segalanya.. In
sha Allah” katanya semasa ditemuibual oleh Wartawan Kanan The Borneo Sabah
Insider ketika dihubungi melalui panggilan.
No comments:
Post a Comment