ARAHAN TUTUP RESTORAN BEROPERASI 24 JAM DI TARIK BALIK ... PERDANA MENTERI

OLEH: SHAIMON S JUMADI

PERDANA MENTERI Tidak halang restoran beroperasi 24 jam di seluruh negara






TINDAKAN  Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Shahidan Kassim yang mengarahkan semua restoran di seluruh negara yang beroperasi 24 jam diarah tutup dengen serta merta

Dengan alasan restoran yang beroperasi 24 jam itu ia mengundang  kemaksiatan  di kalangan pengunjung maka wajar restoran yang terbabit itu diarah tutup segera.

Kenapa Shahidan Kassim tidak terlintas difikirannya untuk menutup kelab-kelab malam pusat-pusat hiburan seperti karaoke pusat-pusat perjudian yang terang-terang melibatkan  social dan maksiat  tidak diarah tutup kenapa restoran-restoran yang beroperasi 24 jam yang mencari makan secara  halal dilarang.

Dengan cadangan membabi buta Shahidan telah mendapat bantahan dan tentangan hebat  diseluruh pemilik restoran tidak kira restoran itu milik orang Cina, Melayu dan India turut mengutuknya.

Malam tadi Perdana Menteri Dato Seri Hj Mohd Najib Tun Abdul Razak telah  mengumumkan cadangan Shahidan Kassim mengarahkan  menutup semua restoran yang beroperasi 24 di tarik balik dan di bolehkan beroperasi seperti biasa

Tindakan Shahidan menimbulkan kemarahan orang ramai kerana mencadangkan tidak kena pada tempatnya ambil mudah saja menutup periuk nasi  orang  dengan sewenang-wenangnya tanpa memikirkan risiko dan implikasinya.

Sebagai seorang menteri Di Jabatan Perdana Menteri bukan pula menyenangkan rakyat disebaliknya menyusahkan rakyat pandai-pandai mencadangkan yang bukan-bukan dan tidak boleh diterima akal.

Apun para peniaga restoran terbabit  keseluruhan di Malaysia yang bakal nyaris-nyaris jadi mangsa keadaan mereka mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri kerana menarik cadangan Shahidan Kassim yang tidak berakal itu.


Lain kali sebelum bertindak fikir dahulu bukan main hentam keromo saja bikin orang marah ini bakal mengundang kekalahan Barisan Nasional (BN) pada PRU 14 nanti  sekiranya  arahan Shaihidan diterima oleh kerajaan  nanti kaum  Cina dan India marah dan merajuk baru tahu BN tumbang jangan main-main dua bangsa ini.

No comments:

Post a Comment