CURI BALAK DI SIPULUT KALABAKAN SPRM PERLU TURUN PADANG SIASAT DAKWAAN ITU

OLEH:  AZMI AZMAN

TAWAU:-   Kecurian dan percerobohan hutan Simpan di Sabah  khususnya di kawasan Sipulut Kalabakan Tawau  sehingga kecurian balak beratus-ratus batang  kita  tidak  tahu  sama ada fenomena disedari oleh kerajaan khususnya Jabatan Perhutanan Sabah atau sebaliknya.

Jika benar dakwaan ini seperti yang kita nampak dalam gambar di mana sebuah lori sedang mengangkut kayu balak daripada hutan simpan Sipulut Kalabakan maka perkara ini tidak boleh dibiarkan saja kerana perbuatan itu telah menyalahi undang-undang atau Akta Perhutaanan Negara 1984 (akta  313)

Dalam pada itu The Borneo Sabah Insider.Net berpendapat sebaik-baiknya pihak Suruhanraja Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) turun padang untuk menyiasat dakwaan pencerobohan hutan simpan itu bagi membanteras kegiatan curi balak di kawasan Kalabakan dapat dibendung.

Kita mengambil contoh terbaik di mana Ketua Menteri Sarawak Datuk Adnan Satem  berhabis-habisan menentang pembalakan haram sesiapa yang telah didapati terbabit sebagai pemusnah hutan simpan mereka akan dihadapkan ke mahkamah  dengan denda yang paling berat.

Semoga dengan tersiarnya berita ini  pihak-pihak berwajib akan mengambil tindakan drastic terhadap mereka yang terlibat pembalakan haram itu.



No comments:

Post a Comment