OLEH: SHAIMON S JUMADI
SERAH BANTUAN....Rahimah menyerahkan bantuan berupa Oven (Ketuhar) untuk keluarga Jamri.
BATU SAPI:- Keprihatinan kepada insan mendapat penyakit
kronik iaitu kencing manis yang telah menimpa diri Jamri telah mendapat
perhatian dan simpati oleh Ketua Wanita Bahagian UMNO Batu Sapi Rahimah Asrah.
Jamri yang dikatakan dahulunya adalah seorang pekerja di
sebuah kedai kek terkemuka di daerah Sandakan kemudian menjalankan
pernigaan sesudah diberhentikan kerja kerana masalah penyankit
kencing manis yang dihadapinya.
Beliau menggunakan kemahiran yang ada untuk menjalankan
perniagaan sendiri sebagai menyara hidup keluarganya.
Diharap dengan adanya bantuan ini dapat meringankan beban yang
ditanggungnya namun demikiian beliau kini masihlagi terus menjalani pemeriksaan di hospital kerajaan
Kata Rahimah kita sebagai pemimpin harus
prihatin dan sentiasa menoleh kedepan kekanan kekiri dan kebelakangan agar
segala permasalahan yang dihadapi oleh rakyat dapat diketahui lantas membantu
seberapa yang terdaya biarlah segala masalah dapat dikongsi bersama.
Rahimah menerangkan kisah hidup Jamri katanya
Jamri kini dibantu oleh isteri dan anak-anak hasil
jualan akan dibawa menjelajah dengan menaiki bas ke destinasi pelanggan yang
sering membuat tempahan. namun hidup
harus diteruskan.
Pendapatan banyak
atau sedikit bukan masalahnya tetapi
keberkatan rezeki yang sudah ditentukan
oleh Allah itu lebih penting harus mensyukirnya.
No comments:
Post a Comment