OLEH: AZMI AZMAN
ELOPURA:- Setiausaha parti Gerakan
Sabah Chan Tzun Hei berkata perbuatan tidak senonoh kumpulan pelancong di
puncak Gunung Kinabalu bukan sahaja telah melakukan satu kesalahan di sisi
undang-undang malah sesuatu yang biadap terhadap rakyat Sabah kerana tidak
menghormati kesucian tempat itu.
Seiring
dengan ideologi parti Gerakan sebagai parti berbagai kaum, kita saling hormat
menghormati antara kaum, kata Chan yang juga Timbalan Ketua Pemuda
Gerakan Sabah di sini kelmarin.
Sabah
merupakan sebuah negeri yang unik kerana mempunyai penduduk yang terdiri
daripada lebih daripada 32 suku kaum dengan pelbagai kepercayaan, budaya dan
adat resam , tambah beliau.
Pelancong-pelancong
yang menjadi tetamu kita di Sabah haruslah menghormati budaya serta adat
resam suku kaum di negeri ini, kata Chan.
Dalam
perkembangan yang sama, Chan menasihati orang ramai untuk bertindak rasional
apabila memberi komen terhadap pemimpin-pemimpin kita berhubung usaha
mengadakan upacara untuk “memujuk” semangat gunung yang dikatakan “marah”
ekoran insiden bogel berkenaan.
Kita
tidak boleh mengabaikan kepercayaan yang berlainan malah kena menghormatinya.
Sejak manusia bertamadun, kepercayaan wujud hingga kini, jelas beliau.
“Kita
menganalisa gempa bumi yang berlaku di Ranau dari sudut sains tetapi kita juga
hendak menghormati kepercayaan suku kaum Kadazandusun yang menganggap Gunung
Kinabalu itu satu tempat yang suci,” katanya lagi.
No comments:
Post a Comment