OLEH: SHAIMON S JUMADI
WONG PRIHATIN.....Alilah sekali lagi menerima bantuan Kerusi Roda daripada Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong
SANDAKAN:- Kejahilan
dan kekejaman pihak Jabatan
Kebajikan Masyarakat Sandakan yang telah memotong batuan bulanan RM300.00
keatas seorang warga emas macik Alilah Binti Akbal 82 duduk bersendirian di rumah PPRT Kampung Sim-Sim
Jabatan lorong 13 adalah dianggap para pegawai Jabatan berkenaan tidak
mempunyai dasar peri kemanusian terhadap sesama insan terutama golongan miskin.
Ini adalah dasar kerajaan Barisan Nasional (BN) yang suka
mengabai-abaikan golongan miskin kalau hendak memberi bantuan kepada orang-orang
golongan berada saja sementara macam macik Alilah mereka langsung tidak pandang
dibuatnya macam sampah tepi jalanan.
Kehidupan macik Alilah bergantung kepada
bantuan eshan jiran-jirannya ia mempunyai seorang anak
angkat perempuan dalam usia 13 tahun
anak angkatnya itulah yang disuruh meminta sedekah dari rumah kerumah
untuk mencari sesuap nasi mana sudah pemimpin masyarakat yang telah dilantik
oleh ADUN Tanjung Papat kenapa mereka langsung tidak menjengok lantas memberi
bantuan.
TERDAHULU BANTUAN..... Wong menjengok Warga Emas Alilah Akbal sambil membawa buah tangan berupa beras dan makanan ringan juga wang tunai RM200.00 untuk keperluan hariannya
Seminggu yang lalu Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong telah memberi bantuan berupa
makanan kepada Alilah pagi tadi Wong telah menghadiahkan sebuah kerusi Roda (Wheel Chair) kepada
Alillah untuk memudahkan beliau duduk
dikerusi roda tersebut.
Walaupun Stephen Wong merupakan Ahli Parlimen
Sandakan dipihak pembangkang tetapi beliau menunjukan seoarang wakil rakyat
yang sentiasa prihatin terhadap
mana-mana golongan tidak kira warna kulit baik orang itu bangsa Cina mahupun
bangsa Melayu dalam memberi bantuan sama rata.
“Jangan salahkan orang-orang Melayu Kampung
Sim-Sim bila PRU 14 nanti mereka mengundi calon-calon pembangkang terutama parti
Pakatan Rakyat sama ada PKR/DAP bertanding
di DUN Tanjung Papat DUN Elopura termasuk Kerusi Parlimen” kata Dayang Zubaidah
Datu Tahil pegawai Khas kepada Ahli Parlimen Sandakan yang turut menyaksikan
pemberian kerusi roda tersebut.
Katanya Ahli Parlimen Sandakan membantu
setakat yang mampu sebab DAP tiada mempunyai sebarang peruntukan ia menggunakan
wang sendiri sebagai alternatif untuk mjengurangkan sedikit beban.
Dayang menambah di Pejabat Unit Pembangunan
Pemimpin Masyarakat (UPP) kawasan Tanjung Papat mempunyai ramai pegawai yang
telah dilantik oleh ADUN Tg Papat tapi satupun tidak kelihatan mereka membuat
lawatan ke Kampung Sim-Sim untuk mencari masalah agar segala masalah dapat
diselesaikan dengan sebebarapa segera.
No comments:
Post a Comment