OLEH:
SHAIMON S JUMADI
RAMAI... Masyakarat Islam penduduk perumahan LPPB Sri Taman yang menghadiri Majlis Berbuka Puasa anjuran Parlimen Sandakan.
SANDAKAN:-
Majlis Berbuka Puasa bersama rakyat anjuran
Ahli Parlimen Sandakan yang diadakan di Perumahan LPPB Sri Taman dekat disini
petang tadi telah dihadiri lebih 60
orang masyarakat Islam khususnya penduduk-penduduk sekitar perumahan LPPB
berhampiran.
ALBUM.. Wong bersama masyarakat Islam dimajlis tersebut
Add caption |
Program berbuka puasa ini
adalah kali kedua diadakan anjuran Ahli Parlimen Sandakan dengan tujuan untuk
merapatkan siratulrahim antara satu sama
lain.
TERIMA KASIH YB.... Antara 10 orang warga emas balu telah menerima sumbangan dari Wong untuk berbuka puasa
Mereka sambil menjamu selera
yang tersedia dimeja di mana 10 orang warga emas dan ibu tunggal telah menerima
wang tunai daripada Stephen Wong sebagai keperluan berbuka puasa di bulan
Ramadan.
Walaupun Stephen Wong Ahli
Parlimen Sandakan daripada pihak
pembangkang tetapi banyak membantu rakyat yang berdepan pelbagai masalah tidak
kira bulu tidak kenal warna kulit agama dan bangsa yang memerlukan pertolongan
mesti dibantu.
Bagi masyarakat bumiputera
khususnya penduduk-penduduk Perumahan LPPB Sri Taman mereka begitu serasi dengan Ahli Parlimen Sandakan
kerana sering mendengar luahan penduduk yang mempunyai masalah.
WONG SIMPATI... Orang tua uzur tidak dapat berjalan hampir 2 tahun... Wong menghulur sedikit sumbangan keperluan harianya.
Sejurus selepas majlis
berbuka puasa Wong yang ditemani oleh Frankie Poon mantan calun DUN Tanjung Papat dan Calvin
Chong mantan calun Karamunting turut mengziarahi seorang tua umur lingkungan 70 an yang tinggal di perumahan LPPB yang
uzur tak dapat berjalan hampir 2 tahun.
Wong yang sempati atas nasib
orang tua itu kemudian menghulur sedikit bantuan untuk keperluan harianya.
“Sebagai anak saya bagi
pihak ayah saya mengucapkan ribuan
terima kasih kepada Wong walaupun lain bangsa lain agama tetapi turut simpati
dan sudi menjengoknya inlah satu-satu pemimpin yang berjiwa rakyat” katanya.
No comments:
Post a Comment