OLEH: SHAIMON S JUMADI
SANDAKAN:- Sebuah parti baru
ditubuhkan di negeri ini yang dikenali Parti Kebangsaan Sabah atau ringkasnya
PKS telah diluluskan pendaftarannya pada
2hb Ogos 2013 dan telah dilancar pada
18hb April 2015 di Keningau.
PKS adalah sebuat parti yang berbilang kaum di Sabah dengan berwadahkan
perjuangan dalam membela nasib rakyat dan mempertingkatkan semangat muhibbah
dan bekerjasama di kalangan rakyat Sabah
yang terdiri daripada pelbagai suku bangsa kaum dan agama.
Ketua Bahagian Penaja PKS Sandakan
Abdul Maid Mat berkata Bahagian PKS Sandakan akan dilancar di Hotel
Siang Garden pada 7hb Jun ini jam 1.00 petang.
Presidennya Thomas Anggan
dijangka akan merasmikan pelancaran PKS bagi Bahagian Sandakan.
Kata Abdul Maid antara hala tuju perjuangan PKS ialah mewujudkan
semangat muhibbah kerjasama dan
keharmoian dikalangan rakyat Sabah.
Disamping untuk memulihkan semangat Perjanjian Persekutuan Malaysia 1963
kedudukan Sabah sebagai rakan kongsi yang sama
dalam dalam Persekutuan Malaysia dengan memulihkan autonomi kepada
rakyat Sabah dalam rangka Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
Maid berkata lagi ia juga bertujuan untuk membentuk pentadbiran negeri
yang cekap, telusdan bersih dengan membanteras sebarang aktiviti kronisme di pelbagai peringkat kerajajandengan
melaksanakan polisi “Tender Terbuka” untuk mengelakan pembaziran dan rasuah.
No comments:
Post a Comment