PENIAGA PREMIS MILIMEWA BERDEPAN MASALAH DENGAN GERAI BERPAGAR JEJAS PERNIAGAAN


OLEH: SHAIMON S JUMADI

GULUNG TIKAR...... Ramai peniaga di premis Milimewa akan bankrup tidak lama lagi  gara-gara gerai berpagar yang dibina MPS tidak dibuka sepenuhnya 

SANDAKAN:- Para peniaga yang menyewa antara RM2,000 hingga RM4,000 kini berdepan dengan masalah gerai berpagar di Milimewa yang dibuat oleh pihak Majlis Perbandaran Sandakan (MPS).

Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong yang melawat kegerai tersebut setelah  menerima aduan daripada beberapa peniaga di bangunan itu mendakwa  gerai berpagar itu belum dibuka  sepenuhnya dan kawasan itu telah memberi impak dan menjejaskan pendapatan peniaga dipremis itu.
Wong berkata bahawa pihak MPS pernah berjanji pada bulan Mei lalu setelah diajukan masalah itu kepada pihak yang berkenaan untuk  menyelesaikan masalah tersebut tetapi sehingga ke hari ini gerai berpagar itu masih tidak berubah  dan tidak  dibuka sepenuhnya.

Tindakan pihak MPS yang  sengaja melengah-lengahkan masalah gerai berpagar itu kini telah menimbulkan kemarahan seluruh peniaga dipremis Milimewa terutama sekali mereka yang membayar sewa bangunan kedai itu dengan bayaran  sebulan RM2,000 dan hingga RM4,000.00 kalau begini tidak lama lagi para peniaga di premis Milimewa ramai yang gulung tikar (bankrup) itulah  barang kali yang dimahukan oleh pihak MPS.


No comments:

Post a Comment