RMK-11 anaktiri Sandakan sebagai bandar kedua terbesar di Sabah; DAP gesa desentralisasi


OLEH: MEDIA DAP


SANDAKAN:- Kegagalan kerajaan menyalurkan perdana pembangunan asas di Sandakan justeru Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong melahirkan  rasa kecewa kerana pembangunan bandar kedua terbesar di Sabah iaitu Sandakan masih jauh ketinggalan  jika dibandingkan dengan keadaan di  Kota Kinabalu sepanjang tempoh lima tahun kebelakangan ini.

Saya berasa sukacita apabila mendengar Kota Kinabalu telah diistihar sebagai growth catalyst city, tetapi bagi Sandakan sebagai bandar utama kedua di Sabah, ia bukan saja tidak diberi keutamaan, malah RMK11 ini seperti tidak memberi apa-apa kebaikan kepada Sandakan.

Dalam masa yang sama, saya ingin mengetahui sejauh mana hasil kejayaan dan status beberapa projek yang telah diistiharkan dalam Rancangan Malaysia yang lalu seperti RMK-9 dengan pengumuman projek pembinaan by-pass Jalanraya Libaran. Ini kerana, walaupun Menteri telah berkali-kali berjanji bahawa projek ini akan bermula secepat mungkin, namun, ia masih tidak memperlihatkan apa-apa hasil.

Selain itu, saya juga ingin tahu berapa jumlah peruntukkan secara spesifik disalurkan untuk membangunkan Sandakan? Bukan sahaja kekurangan jalanraya malah liputan High Speed Broadband juga tidak memuaskan. Sandakan juga sering mengalami gangguan elektrik akibat dari kekurangan janakuasa elektrik di kawasan Pantai Timur; dalam hal yang sama, apakah status pembinaan janakuasa gas yang dicadangkan dibina di Lahad Datu seperti dicadangkan dalam RMK-9.

BANDAR Sandakan Masih Jauh Ketinggalan Foto By The Borneo Sabah Insider. net Arkib



Saya harap perkara ini tidak lagi ditunda memandangkan keperluan elektrik Sandakan semakin meningkat dalam masayang sama kerajaan menentukan sasaran yang tinggi supaya SAIDI Sabah boleh diturunkan ke 100 minit setiap pengguna setiap tahun.

Demi merealisasikan Sabah sebagai sebuah negeri yang maju setaraf negeri-negeri di Semenanjung Malaysia khususnya Kuala Lumpur, Sabah perlu diberi autonomi untuk mentadbir. Hanya dengan proses ini, Sabah akan lebih berkembang.

Beliau sebagai Timbalan Pengerusi DAP Sabah  antara lain menyatakan “bagi pendapat saya, kesemua masalah pembangunan ini diakibat dari pemusatan kuasa yang banyak kepada kerajaan persekutuan. Justeru satu-satunya kaedah untuk menjadikan Sabah lebih makmur dan berdaya saing ialah melalui proses desentralisasi supaya pembahagian kuasa dan sumber atau kewangan boleh dilaksanakan dengan lebih sempurna.


Menurut Perjanjian Malaysia, ada pandangan yang menggatakan bahawa Sabah berhak menuntut 40 peratus perkongsian cukai pendapatan kembali ke tangan kerajaan Sabah supaya pembahagian sumber itu diagihkan dengan lebih adil dan seimbang. Apakah pendirian kerajaan dalam hal ini dan saya berharap ia boleh ditunaikan tertakluk sepertimana dalam perjanjian Malaysia.

Selain itu, dari semua 154 jawatan Ketua Jabatan Kerajaan Persekutuan di Sabah, hanya 20 peratus sahaja pegawai-pegawai ini terdiri dari orang Sabah, perkara ini amat dikesali dan saya mengutuk keras-kerasnya terhadap ketidakseimbangan ini dan ia merupakan bukti yang menunjukkan Kerajaan Persekutuan tidak menghormati semangat Borneosasi dan mengetepikan orang Sabah. Saya menggesa RMK-11 ini mampu meningkatkan peratusan tersebut sehingga 50 peratus di mana warga Sabah diberi keutamaan untuk mengisi jawatan sebagai ketua-ketua jabatan kerajaan persekutuan di Sabah.

"Saya ingin mengingatkan, jika Sabah masih miskin, tiada makna Malaysia menjadi negara maju kerana ia hanya akan menunjukkan kegagalan kerajaan. Sabah failed, then Malaysia failed. Saya harap kerajaan memberi keutamaan kepada Sabah supaya pembangunan Sabah boleh dipercepatkan dalam lima tahun yang akan datang, masa yang sama Sabah diberi jaminan pembahagian sumber yang lebih adil dan seimbang." Ujarnya.




No comments:

Post a Comment