JUWITA BANTU SETIAP IBU TUNGGAL DI KAWASAN PARLIMEN BATU SAPI..... KATA RAHIMAH

OLEH: SHAIMON S JUMADI



RAHIMAH pemimpin berwawasan untuk jangka panjang


BATU SAPI:- Para ibu tunggal khususnya di kawasan parlimen Batu Sapi tidak terpinggir mereka sentiasa mendapat perhatian di kalangan para pemimpin untuk mendapatkan pelbagai bantuan.

Lantas disetiap sudut kawasan Parlimen para pemimpinnya mengambil ikhtibar untuk menubuhkan Jawatankuasa Ibu Tunggal atau ringkasnya JUWITA  dengan tujuan dan bermatlamatkan  untuk mengumpul semua ibu tunggal yang dikategorikan janda cerai hidup ataupun Balu kematian suami pastinya memdapat pembelaan sewajarnya.

Rahimah Asrah seorang wanita yang merupakan pemimpin berjiwa rakyat yang amat menitikberatkan soal kebajikan insan maka jalan terbaik menubuhkan JUWITA agar  balu atau janda yang disebut sebagai Ibu Tunggal akan dapat menyambung kehidupan seharian bagi menyara anak-anak mereka yang tidak mempunyai bapa.

Sebagai seorang yang bergelar janda dan balu sebenarnya bukan gampang apa lagi kalau mereka ditinggalkan suami yang meninggal dunia maka anak-anaknya yang ditinggalkan itu terpaksa menjadi satu tanggungjawab kepada seorang ibu untuk membela dari kecil seihingga dewasa bukan itu saja ibu juga menanggung segala perbelanjaan pembalajaran anak-anaknya agar menjadi orang yang bijak pandai.


Kaum wanita khususnya yang tinggal dikawasan Batu Sapi atau Sekong  seharusnya menghargai segala perjuangan Rahimah Asrah yang telah bersungguh-sungguh  memperjuangkan nasib para ibu-ibu tunggal dalam mengharuni kehidupan yang lebih di masa-masa mendatang….Syabas Rahimah.

Jadi seorang pemimpin lagi-lagi menjawat  jawatan sebagai Ketua Wanita UMNO Bahagian Batu Sapi juga selaku pengerusi Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga (MPWK) Parlimen Batu Sapi  memang berat tanggungjawab yang dipikulnya.

Sebagai pemimpin harus memandang kedepan  pandang kiri dan kanan untuk mencari jalan khususnya untuk membantu rakyat khususnya ahli-ahli Wanita UMNO daripada  peringkat Bahagian, cawangan hingga ke akar umbi perlu mendapat membelaan setelusnya.


Dengan iringan  doa restu agar perjuangan Rahimah akan sentiasa diredhai  Allah  dan mendapat berkat dari illahli bagi menempuh kejayaan yang diharap-harapkan..Insya Allah. 

No comments:

Post a Comment