RAHIMAH DAN SAMSUDIN HADIR BERBUKA PUASA DI MASJID KAMPUNG GAS

OLEH: SHAIMON S JUMADI

BATU SAPI:-  Majlis berbuka puasa sempena bulan Ramadan dengan para Jemaah masjid adalah anjakan dan suntikan   semangat untuk mewujudkan siratulrahim di kalangan umat Islam setempat.

Lagi-lagi dibulan Ramadan adalah merupakan bulan  perpaduan bulan ibadah, bulan bersedekah bulan keinsafan bulan menahan lapar selama sebulan untuk mengelakan perbuatan mungkar dan bulan rezeki.

Memang sudah kelaziman setiap bulan Ramadan Al Mubarak disetiup sudut para pemimpin Islam telah mengadakan majlis berbuka puasa bersama-sama penduduk tidak kira ianya diadakan dihotel-hotel dan disurau mahupun dimasjid termasuk juga dirumah-rumah dengan tujuan untuk merapakan  hubungan hubungan mesra antara satu sama lain tanpa mengira perbezaan idologi faham politik itulah kerbekatan di bulan Ramadan Al-Mubarak.

Di Masjid Kampung Gas telah mengadakan majlis berbuka puasa bersama penduduk setemnpat di mana Wakil Rakyat kawasan Sekong Datuk Haji Samsudin Yahya turut hadir sama di majlis berbuka puasa itu.

Begitu juga Ketua Pergerakan Wanita Bahagian UMNO Batu Sapi yangh semakin hari semakin menyerlah kepimpinannya khusus di kawasan Batu Sapi iaitu Rahimah Asrah turun hadir dimajlis tersebut.

Kata Rahimah ini sudah menjadi kewajiban dan tanggungjawab para pemimpin Islam khususnya UMNO Batu Sapi pada saban tahun semestinya mengadakan majlis berbuka puasa di bulan Ramadan Al-mubarak  dengan bermatlamatkan untuk mendekati rakyat.





No comments:

Post a Comment