OLEH:
SHAIMON S JUMADI
SANDAKAN:- Menteri
Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai yang tidak memasukan cadangan untuk
menaiktaraf Pelabuhan Sepanggar sebagai Transshipment Hup ke dalam Rancangan
Malaysia ke 11 (RMK11) sungguh amat dikesali .
Dengan itu Ahli Parlimen Sandakan YB Stephen Wong tidak
berpuas hati dengan Menteri berkenaan
dan beliau sangsi dengan kredibiliti dan
keikhlasan menteri serta kerajaan, justeru itu menggesa kerajaan agar jangan
bertangguh-tangguh lagi, Pelabuhan Sepanggar harus dinaiktaraf dengan segera
sebagai Transshipment Hub, dengan ini barulah dapat membantu membangunkan
ekonomi negeri Sabah.
Menurut pembalasan
Kementerian Pengangkutan dalam sesi penggulungan perbahasan RMK11 di Parlimen,
Liow menafikan Dasar Kabotaj telah mengakibatkan kapal perdagangan negara asing
tidak dapat memasuki Sabah. Beliau mengelirukan rakyat Sabah seolah-olah Dasar
Kabotaj tidak mendatangkan kesan buruk kepada Sabah.
Wong yang juga selaku Timbalan Pengerusi DAP Sabah mengkritik
Liow mengelirukan Parlimen dan rakyat, kerana isu utama bukannya kapal dagang
asing tidak dapat memasuki Sabah, tetapi kerana Dasar Kabotaj telah mengehadkan
aktiviti kapal dagang negara asing di pelabuhan Sabah, iaitu hanya boleh
memunggah barang sahaja.
Disebabkan unsur kos, kapal
dagang negara asing memilih untuk melayar terus dan berlabuh di Pelabuhan Klang
untuk memungah dan memuat barang, walaupun kedudukan pelabuhan Kota Kinabalu
adalah lebih mendekati kawasan Asia-Pasifik. Seterusnya, barang-barangan
dihantar oleh syarikat perkapalan negara kita,
pengangkutan ulang-alik ini menyebabkan harga barang di Sabah bertambah
tinggi.
Pelabuhan di Sabah adalah tidak dapat
berfungsi sepenuhnya di bawah dasar ini, kerana aktiviti kapal dagang asing
telah dihadkan di pelabuhan kita, dan kita pula terpaksa membayar kepada
syarikat perkapalan berkenaan.
Beliau berasa amat kecewa
kerana pemimpin negeri Sabah tidak bersatu-padu membantah pelaksanaan Dasar
Kabotaj yang mengehadkan perkembangan Sabah, malah masih mempertahankan dasar
ini, sedangkan ramai ahli parlimen BN dan pembangkang juga membantah Dasar
Kabotaj.
Ini menunjukkan pemimpin Sabah bukan sahaja tidak melindungi hak dan
kepentingan orang Sabah, malah hanya membiarkan keutamaan Sabah dieksploitasi.
Selain itu, Menteri
Pengangkutan Liow Tiong Lai juga menunjukkan bahawa cadangan untuk
menaiktarafkan Pelabuhan Sepanggar sebagai Transshipment Hub kini telah diserahkan
untuk dikaji oleh kerajaan negeri, sekiranya kerajaan negeri telah
mengenalpasti, maka kerajaan persekutuan akan memberikan kerjasama.
Pada pandangan Wong,
sedangkan cadangan tersebut telah diserahkan kepada kerajaan negeri untuk
menjalankan kerja-kerja kajian, maka kerajaan negeri haruslah sedaya upaya
untuk menambahbaikan kerja Transshipment di Pelabuhan Sepanggar.
Kedua-dua orang ADUN yang
mempertahankan Dasar Kabotaj di persidangan dewan negeri, harusnya memantau
kerja-kerja naiktaraf pelabuhan dengan sebaik-baiknya, untuk kebaikan rakyat
Sabah dan pembangunan negeri Sabah.
Beliau mengutuk kerajaan tidak berkebolehan,
oleh itu menyebabkan kadar pertumbuhan ekonomi Sabah dalam tempoh 5 tahun yang
lepas berhenti pada 3%, menjadi salah sebuah negeri yang mencapaikan
pertumbuhan terendah di seluruh negara.
Wong berpendapat bahawa,
menaiktaraf Pelabuhan Sepanggar sebagai Transshipment Hub adalah cadangan yang
amat baik, kerajaan harus menjalankan kerja-kerja transshipment di pelabuhan
dalam 5 tahun ini dengan baik, dan meningkatkan prestasi sektor perindustrian
Sabah, sedangkan negeri kita kaya dengan sumber asli, supaya ekonomi negeri
Sabah dapat membangun secara beransur-ansur.
Sedangkan kerajaan menafikan
Dasar Kabotaj merupakan unsur utama yang mengakibatkan harga barang tinggi dan
enggan memansuhkannya, dan kerajaan juga jelas dan setuju dengan cadangan
menaiktarafkan Pelabuhan Sepanggar sebagai Transshipment Hub, maka haruslah
menaiktarafkan infrastruktur pelabuhan dengan teliti dan meningkatkan daya
saingan, jangan melengah-lengah dan bersikap acuh tak acuh terhadap rakyat
Sabah lagi.
No comments:
Post a Comment