DARI BILIK MEDIA DAP
SANDAKAN:- Ahli Parlimen
Sandakan Stephen Wong berasa tidak puas hati terhadap keputusan kerajaan yang
mengumumkan harga minyak naik 10 sen mulai 1 Jun.
Beliau syaki bahawa tindakan
berulang-ulang menaikkan harga itu adalah untuk membayar hutang negara yang
begitu tinggi.
Wong berkata, kerajaan Barisan
Nasional telah mengumumkan Akta Kawalan Harga Dan Anti Pencatutan disahkan pada
26 Disember 2014 manakala akta ini telah dipakaiguna secara luas selepas
pelaksanaan GST pada April tahun ini.
Beliau tambah, akta tersebut
melarang pencatutan harga berlaku dari 1 Januari 2015 hingga Jun 2016 selama 18
bulan. Sekiranya sesiapa melanggar undang-undang akan dikenakan hukuman.
Beliau berkata, akta pencatutan
ini gagal memberikan definasi terhadap "pencatutan" secara jelas,
oleh kerana GST menyebabkan banyak peniaga terpaksa menaikkan harga jualan
barangan untuk menampung kos yang semakin meningkat, ia telah mengakibatkan
peniaga-peniaga tersebut dikenakan saman yang tinggi di bawah Akta ini.
Beliau mengutuk kerajaan bahawa
tindakan tersebut adalah memaksa peniaga menanggung kos yang meningkat dan
menyebabkan mereka menghadapi kesusahan sedangkan kerajaan sedar bahawa
pelaksanaan GST akan menyebabkan harga barangan naik serta inflasi naik, tetapi
kerajaan masih menindas peniaga-peniaga tersebut dengan menggunakan akta
pencatutan. Ini adalah zalim dan tidak munasabah.
Wong juga mengkritik kerajaan
Barisan Nasional merupakan kerajaan "Barang Naik". Walaupun harga
minyak antarabangsa telah menurun dekat dekat ini, tetapi kerajaan masih
berkali-kali menaikkan harga minyak untuk membebankan rakyat. Beliau tambah,
hanya kerajaan saja boleh naik harga, tapi peniaga dan rakyat biasa tidak
dibenarkan naik harga walaupun menghadapi kesusahan. Ini langsung tidak
munasabah.
Beliau berasa amat kecewa
kerana tidak nampak sesiapa wakil rakyat dari Barisan Nasional mengutuk
tindakan ini yang membebankan dan menindaskan rakyat. Ia jelas menunjukkan
wakil rakyat itu gagal membela kebaikan rakyat.
Beliau menuntut kerajaan harus
mengkaji semula akta serta tindakan tersebut yang telah menyusahkan rakyat dan
beliau berharap agar wakil rakyat dari BN akan menyuarakan kesusahan rakyat,
bukan mendiamkan dan terus mengeksploitasikan rakyat.
No comments:
Post a Comment