BAGAIMANA TS PANDIKAR TAHU? The Sabah Insider Online


OLEH: ISMAILY BUNGSU
Khamis Oktober 03/2016

SEPERTI yang saya perkatakan berulangkali sebelum ini bahawa apa saja yang dibincang di kabinet itu merupakan RAHSIA dan sama sekali tidak boleh dibawa ke luar dan kalau ada yang demikian sikapnya maka itu merupakan satu kesalahan.
Apa saja yang dipersetuju di kabinet secara majoriti, yang minoriti kena akur dan tidak boleh menyatakan itu bukan keputusannya dan itu sebab sesiapa yang tidak bersetuju kena tinggalkan kabinet atau kena meletakkan jawatan dan inilah sistem yang diwarisi dari barat.
Yang hairannya, bagaimana TS Pandikar tahu yang dikatakan oleh 3 menteri di parlimen itu merupakan maklumat dan siapa saja yang memberitahu sama TS Pandikar? Tentu ada yang menyatakan kepadanya dan siapa orang itu?
HARUS dan MESTINya TS pandikar melaporkan hal berkenaan ke POLIS kesan TS sendiri telah mengadakan sidang media di luar parlimen yang tentu saja sidang media itu tidak NGAM kesan prejudis kepada 3 mantan menteri yang diperkatakan.
Rakyat perlu menilai kasus ini dan saya kira selayaknya TS Pandikar hanya boleh membangkitkan dan membicarakan isu itu di mesyuarat/sidang perlimen kala hal berkenaan dibangkit bincang ketika itu. 
Satu tindakan untuk selesaikan masalah ini harus diambil perhatian dan pihak polis secara adil harus juga bertanya/siasat TS Pandikar sama kerana ia sendiri tidak harus terlepas dari tindakan undang2 jika ternyata bersalah.