MAJU JADI ORANG KAYA MENDADAK SERTAI UMNO/BN PASTINYA MENJADI

( juga perlekeh undang2 & titah sultan)

KARYA: ISMAILY BUNGSU

TERBUKTI.....Inilah buktinya penyokong tegar UMNO/BN duduk disebuah rumah mewah.


SEKARANG ini ada istilah baru   kalau mahu kaya, sila saja sertai UMNO atau mana-mana parti politik bawah BN dan duduki kerusi bahagian atau Negeri pasti dalam kepala projek juta. Itulah yang rata-rata  dalam kepala.
 
Kalau sekadar mahu mudah cari makan, maka jadilah ketua cawangan UMNO atau ketua bahagian pastilah kaya raya dan kena lihat juga apa jawatan ia duduki.

Besar jawatan maka besarlah projek ia dapatkan dan kalau kecil jawatan maka kecillah pendapatan.

Jika misalnya mahu jadi miskin papa kedana kena sertailah parti lawan kerajaan iaitu parti pembangkang  dan di situ maka akan susahlah hidup (orang kata) sebab projek kerajaan pasti tidak akan didapatkan kecuali usaha sendiri.

Jadi, rata-rata  bolehlah dikatakan semua  yang sertai parti itu ada udang sebalik mee dan inilah kenyataannya.
 
Jelas di sini bukan rakyat negara diutamakan sebalik poket sendiri dan itu sebabnya ramai yang berusaha terus pertahankan UMNO/BN kesan BN/UMNO tumbang maka mereka juga secara tak langsung akan tumbang susah cari makan dan lesen kena gantung jadi perhiasan.

Lihat saja ramai ahli-ahli UMNO/BN mana ada yang miskin semuanya memakai kereta mewah kereta double cap betul kalau mahu cepat kaya sertai UMNO/BN.

Hakikatnya UMNO/BN memberikan kekayaan kepada ahli-ahlinya mana ada ahli-ahli UMNO/BN duduk dirumah setinggan semua rumah Teres, rumah Banglow rumah semi detach pendapatan ahli-ahli UMNO diangarkan sebulan paling rendah RM20.000.

Dari itu rakyat jangan lepaskan peluang kalau  mahu jadi orang bergelar jutawan ayoh ramai-ramai sertai UMNO/BN pastinya kaya mendadak.