EKORAN HARGA DIESEL NAIK PARA PENGUSAHA BAS SELURUH SABAH AKAN NAIKAN TAMBANG 90 PERATUS


OLEH: PAPARAZI

LAHAD DATU: Persatuan Pengusaha Bas diseluruh Sabah sebulat suara telah bersetuju menaikan tambang bas sebanyak 90 peratus berkuatkuasa pada 1hb Januari 2015.

Jurucakap perastuan itu berkata kenaikan tambang itu ekoran kenaikan harga minyak diesel jadi para pengusaha pengangkutan awam tidak ada  pilihan lain melainkan menaikan tambang 90 peratus.
 
“Ini keptusan yang kami ambil adalah bersesuaian  dengan harga diesel melambung tinggi jika tambang bas tidak dinaikan kami akan mengalami kerugian besar” kata  Jurucakap itu lagi.

Katanya  kenaikan ini akan diikuti oleh pengusaha lori-lori sebanyak 100 peratus untuk cukai pengangkutan barang-barang jadi jangan hairan kalau pekadai runcit akan menaikan harga barangan jualan hingga 80 peratus.
 
Begitu juga para pemilik restoran akan turut menaikan harga jualan makanan dan minuman sebanyak 90 peratus bermula pada 1hb Februari 2015.


“Kami tidak takut  dengan tindakan pihak kerajaan kalau mengambil tindakan kepada kami yang menaikan tambang itu kami akan saman kerajaan kalau tambang sekarang dari Sandakan ke Kota Kinabalu hanya dikenakan RM43.00 akan dinaikan hingg RM75.00 adalah keputusan tepat yang dibuat oleh para pengusaha bas” kata jurucakap itu.



HARGA DIESEL NAIK TAPI HARGA RON97 DAN RON95 TURUN




 


KOTA KINABALU:- Harga runcit RON97 turun sembilan sen seliter kepada RM2.46 seliter dan harga runcit RON95 pula turun empat sen seliter kepada RM2.26 seliter, selepas 12 tengah malam ini.


Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Hasan Malek berkata harga runcit bagi minyak diesel pula dinaikkan tiga sen seliter kepada RM2.23 seliter.


Harga runcit RON97 kini ialah RM2.55 seliter, RON95, RM2.30 seliter manakala diesel ialah RM2.20 seliter.

Menurut Hasan harga baru ini akan berkuat kuasa hanya untuk Disember.

"Kerajaan akan mengikuti perkembangan pasaran harga produk kos pada setiap masa dan kadar pertukaran matawang untuk menetapkan harga runcit petrol dan diesel bagi bulan-bulan berikutnya," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, katanya semua syarikat minyak dan pengusaha stesen minyak diminta mematuhi penetapan harga baru itu dan jika ingkar, tindakan tegas akan diambil mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.

Pada 21 November lepas, kerajaan mengumumkan akan melaksanakan penetapan harga runcit bagi petrol RON95 dan diesel mengikut kaedah pengampunan terkawal mulai 1 Disember


Kaedah pengapungan terkawal yang diputuskan Kabinet itu adalah sebagaimana pelaksanaan penetapan harga runcit RON97 sejak Julai 2010, katanya.


"Melalui kaedah pengapungan terkawal, purata perubahan kos produk akan menentukan penetapan harga bagi bulan berikutnya, ini bermakna jika harga pasaran minyak mentah dunia meningkat, harga runcit RON97, RON95 dan diesel juga akan meningkat dan begitu sekiranya berlaku sebaliknya (harga pasaran minyak mentah dunia menurun)," katanya.

Dengan kainkan minyak diesel ramai pengusaha Bas Mini akan menaikan tambang hingga 100 peratus misalnya kalau tambang bas dari Menggatal ke Kota Kinabalu sekarang ini RM2.20 akan dinaikan hingga RM5.00 sementara tambang bas dari Sandakan ke Kota Kinabalu sekarang ini hanya RM43.00 akan dinaikan hingga RM70.00 

Tambang bas dari Taman Mesra  ke Bandar sekarang ini cuma dikenakan harga RM1,50 akan dinaikan hingga RM4.00 pokoknya kenderaan pengangkutan yang menggunakan diesel sahaja yang berbuat demikian. BERNAMA


MPS GAGAL PANTAU PENJAJA HARAM PATI BERJAJA DI TERMINAL BAS

OLEH: SHAIMON S JUMADI

SANDAKAN:-  Kegagalan  pihak Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) membuat pemantauan terhadap para penjaja asing yang berjaja secara haram di Terminal Bas telah dipertikaikan oleh masyarakat setempat.

Kita tidak tahu  sama ada mereka diberikan lesen penjaja ataupun dikenakan bayaran oleh pihak MPS terhadap para penjaja asing yang kian hari kian bertambah bilang penjaja di terminal itu.

Pada mulanya mereka menjual buah-buahan dan sayur-sayuran  sahaja kini muncul lagi penjaja haram telah menjual ikan.

Sebenarnya pihak MPS tidak berlaku adil kalau orang tempatan menjual dikawasan larangan sudah semestinya barang-barang niaga mereka dirampas dan dikenakan kompauan tetapi kalau PATI menjual di mana-mana saja tempat mereka enggan diambil tindakan  sehingga fenomena ini menjadi isu hangat dikalangan penduduk tempat.


Kalau tempat itu jadi kawasan larangan sepatutnya pihak MPS membuat papan tanda amaran letakkan diterminal  berkenan nyatakan “Amaran Sesiapa Sahaja Tidak Boleh Berniaga Di Tempat Ini Mereka Akan Di Denda” apabila mereka terlihat adanya papan tanda amaran itu sudah semestinya mereka tidak berani berniaga ini saja jalan terbaik.





DAP buat laporan polis terhadap Mashitah Berbohong Buat Tuduhan Liar

Saturday, November 29, 2014



KUALA LUMPUR:- DAP membuat laporan polis terhadap Ketua Wanita Umno Baling Datuk Mashitah Ibrahim berhubung kenyataannya yang masyarakat Cina didakwa membakar al-Quran semasa upacara sembahyang.

"Kami merasakan bahawa kenyataan ini tidak bertanggungjawab," kata Ahli Parlimen Kulai Teo Nie Ching.

Katanya, hanya terdapat satu kejadian itu dilaporkan di Kedah, tetapi Menteri Besar Datuk Mukhriz Mahathir menjelaskan pada 24 November bahawa pelakunya adalah seorang lelaki Melayu yang mengalami sakit mental.

Menteri besar juga mendedahkan bahawa al-Quran tidak terbakar tetapi dikoyak.

Teo berkata Mashitah perlu disiasat di bawah Seksyen 298 (A) dan 505 Kanun Keseksaan.

Seksyen 298 (A) berhubung kesalahan yang boleh memudaratkan keadaan harmoni dan perpaduan, manakala Seksyen 505 mengenai kenyataan yang mendatangkan khianat awam.

Mashitah telah membuat kenyataan itu semasa perhimpunan agung Wanita Umno ketika menggesa ahli sayap itu mempertahankan Islam.

Teo berkata, walaupun jika laporan membakar Quran oleh masyarakat Cina itu benar, rakyat akan menentangnya dan mengambil tindakan yang sewajarnya.


"Malah jika lelaki atau perempuan Cina atau bukan Islam yang membakar al-Quran, kita semua akan mengutuk perbuatan sedemikian," katanya.

Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuri Patto mengiringi Teo membuat laporan di balai polis Tun HS Lee di Kuala Lumpur. Turut hadir ialah Setiausaha Politik  penasihat DAP Lim Kit Siang, Dyana Sofya Mohd Daud dan ahli parti itu, Syefura Othman.

Bercakap kepada pemberita, Dyana berkata kenyataan Mashitah itu adalah "tidak wajar" dan boleh mencetuskan ketegangan kaum. 
Posted by sabahkini.net 


MP BATU SAPI LINDA INSPECTED A NEW JETTY

BY ROBERT  LEE






Picture Show ….Linda inspects the newly built fishing boat jetty at Jalan Leila






SANDAKAN:  A new wooden jetty was constructed at the Sandakan Fishing Association jetty in Jalan Leila to enable fishermen to unload and load.

Batu Sapi Member of Parliament Datuk Linda Tsen Thau Lin utilized her MP Fund to build the facility following request from the Sandakan Fishing Association.

 The dilapidated condition of the existing barge was no longer suitable and unsafe for fishing boats to carry out loading and unloading.

Linda inspected the nearly completed 50-feet long wooden jetty accompanied by her aides and Sandakan Fishing Association office bearers including chairman Phua Peh Chee.

Phua thanked Linda for her concern towards the safety of fishermen and also building the wooden jetty to temporarily allowing fishing boats to continue with its routine operations.

Also present was Head Liaison Officer of Batu Sapi MP Office Kong Nyuk Thou.









MPPP KAWASAN BATU SAPI SALUR BANTUAN PERALATAN KEPADA 80 ORANG NELAYAN

OLEH: HASLINDA AHMAD SOFFIE

Gambar Menunjukkan……Linda menyampaikan bantuan peralatan kepada nelayan dari kawasan Batu Sapi




SANDAKAN: Seramai 80 orang nelayan telah menerima bantuan peralatan melalui peruntukan Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen (MPPP) kawasan Batu Sapi.
Ahli Parlimen Batu Sapi Datuk Linda Tsen Thau Lin telah menyempurnakan majlis penyerahan tersebut di premis Persatuan Perikanan Tongkang Sandakan di Kampung Pukat.
Dalam ucapan beliau, Linda berkata bahawa Kerajaan Barisan Nasional sentiasa prihatin tentang keperluan semua lapisan masyarakat.
 Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen adalah satu mekanisme yang diwujudkan oleh Kerajaan Persekutuan untuk membantu rakyat dalam pembangunan sektor pertanian termasuk perikanan, tambahnya lagi.
Melalui Majlis ini, Kerajaan menyalurkan bantuan kepada pekebun dan nelayan. Pada tahun-tahun lepas, MPPP Kawasan Batu Sapi telah memberi perhatian kepada pekebun-pekebun kecil dan memberi anak-anak ikan kepada nelayan, kata Linda.
Pada kali ini, MPPP telah telah membuat keputusan untuk menggalakkan aktiviti perikanan dengan memberi bantuan kelengkapan dan peralatan, katanya.

 Program penyerahan kelengkapan dan peralatan perikanan seperti bintur ketam, pukat dan alat-alat lain hari ini bertujuan untuk menggalakkan kegiatan perikanan dan membantu para nelayan di kawasan Parlimen Batu Sapi, tambah Linda.


“Saya menyarankan agar para penerima bantuan ini agar menggunakan semua peralatan dan kelengkapan yang diberikan oleh kerajaan ini demi mencapai kehidupan yang lebih selesa,” kata Linda Posted by FST News (Free Sandakan Today.com)

RAMAI PELANGGAN RESTORAN UMMI AISAH BOIKOT HARGA TERLALU MAHAL BERBANDING DENGAN RESTORAN CINA

OLEH: THOMAS SUNGGIUK

KOTA KINABALU: Ramai pelanggan rasa tidak puas hati  terhadap perilaku sebuah restoran di sini iaitu Restoran Ummi Aisah yang didakwa mengenakan bayaran terlalu mahal keatas makanan dan minuman yang dijual di restoran berkenaan.

Contohnya  harga nasi kukus ayam berempah sepinggan RM22.50 cendol segelas RM8.00 sementara pinjam mangkok atau pinggan kosong dikenakan bayaran atau cas RM2.00.




Seorang pelanggan yang mengadu kepada Waratawan kami berhubung isu restoran Ummi Aisah  yang  mendakwa makanan dan minuman yang dijual di restoran itu memang terlalu mahal berbanding dengan mana-mana restoran yang ada disekitar  bandar Kota Kinabalu.

Kata Ahmad (Pelanggan) kalau pelanggan memesan makanan untuk ditapau (bungkus) mereka telah mengenakan bayaran tambahan kalau mee goreng kita pesan harganya RM7.00 kemudian di tapau menggunaan container mereka cas RM1.00.

“Saya bagi pihak rakan-rakan yang telah teraniaya ayuh sama-sama boikoi bagi tahu kawan-kawan yang lain  supaya jangan datang ke restoran Ummi Aisah nanti jadi mangsa seperti kami ini.



“Andai kata kalau pelanggan yang membawa duit hanya RM20.00 sahaja sudah tentu tidak cukup untuk membayar makanan yang dipesan untuk seorang” kata Ahmad lagi.

Dalam pada itu Ahmad meminta pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Kepenggunaan dan Koperasi (KPDNKK) dan pihak unit Penguatkuasa Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) agar membuat serbuan mengejut ke restoran yang dimaksudkan itu.
 
“Saya khuatir jika tiada pemantauan daripada pihak kementerian tersebut dan pihak berkuasa tempatan ramai lagi pelanggan akan menjadi mangsa penipuan seperti yang kami telah alami kelmarin”ujarnya.




“Lebih baik kita makan di restoran Cina daripada kita makan restoran orang Melayu sudahlah mahal beranding dengan restoran cina lataran layanan tidak bagus kalau kita tanya kenapa mahal sangat makanan di restoran ini apa jawab mereka ini setiap makanan dan minuman sekarang dikenakan cukai GST” Tambahnya.

PENDUDUK DAKWA ORANG ASING (PATI) JUAL MINYAK DIESEL HARM DI BELAKANG KAWASAN FLAT MPS KARAMUNTING


OLEH :  CHARLES P ANDIANG

KARAMUNTING: Penduduk tempatan rasa tidak senang hati terhadap Pendatang Asing Tanpa Izin yang mendirikan rumah haram di belakang Flat MPS Karamunting.

Mendirikan rumah haram satu cerita ini pula disusuli dengan kegiatan menjual mminyak diesel yang ditempat disebuah stor berhampiran dengan banggunan tersebut.

Kata seorang penduduk di kawasan itu yang namanya enggan disiarkan mereka mahu tahu adakah mereka menjual minyak diesel  bersubsidi itu mereka mempunyai lesen daripada Porla atau lesen perniagaan daripada Majlis Perbandaran Sandakan (MPS).

“Kami takut sekiranya berlakunya kebakaran sudah pastinya api begitu besar menyambar dan melarat kebangunan yang berhampiran” katanya.






Tambah jurucakap itu lagi para penduduk disitu  meminta pihak Kementerian  Perdagangan  Dalam Negeri Kepenggunaan  dan Koperasi (KPDNKK)  supaya mengadakan serbuan ketempat yang dimaksudkan itu termasuk pihak MPS dan pihak Porlla untuk membanteras kegiatan haram itu.


“Satu perkara lagi  yang saya ingin bongkar setelah surau dirobohkan kerana terlibat dalam projek jalan raya sekali mahu dibangunkan semula surau itu pihak MPS tidak membenarkan sebarang rumah ibadah didirkan dikawasan berkenaan kenapa orang asing (PATI) dibenarkan mendirikan rumah  haram dibekas tapak surau itu” tanya jurucakap itu.

RIDZMAN DAN NOOR AZREEN MURID CEMERLANG 5A UPSR SK SUNGEI KAYU


OLEH: SHAIMON S JUMADI

SUNGEI SIBUGA:-  Seramai 68 murid tahun enam dari Sekolah Kebangsaan Sungei Kayu yang telah mengikut peperiksaan akhir UPSR dua daripadanya telah mendapat keputusan cemerlang   5A  dalam kesemua subjek

Murid yang dimaksudkan itu yang  mendapat  5A ialah Ridzman Fihim Wali dan  Noor Azreen Rosli dan lima orang murid lagi lainnya masing-masing mendapat  4A.

Mereka yang mendapat  5A telah menerima  hadiah  berupa wang tunai  yang disumbangkan oleh pihak sekolah berkenaan sebanyak RM120.00. manakalah mereka yang mendapat  4A juga menerima hadiah wang tunai sebanyak RM80.00

Terdahulu dalam ucapan alu-aluan Guru Besar Janimah  Jaman antara lain menjelaskan mengucapkan tahniah dan syabas kepada dua orang murid yang mendapat keputusan  5A dan mendapat  4A kerana atas daya usaha gigih mereka yang tekun belajar akhirnya membawa satu kejayaan boleh dibanggakan bukan saja  melibatkan para  ibubapa  malahan kepada tenaga pengajar  khususnya guru-guru mereka kegembiraan itu turut dikongsi bersama.
 
“Saya berharap mereka yang akan melangkah ke sekolah menengah pada tahun depan nanti  sentiasa mengekalkan  tabiat rajin dan tekun belajar  agar kamu nanti mendapat keputusan yang cemerlang ditahun-tahun berikutnya” ujarnya.

Kewujudan Sekolah Kebangsaan Sungei Kayu  yang dibuka  28 Julai ini setelah pindah daripada  bangunan lama ianya mempunyai murid seramai 438  dan 29 guru 4 orang kerani.







CADANGAN PERKASA HAPUSKAN SEKOLAH CINA,INDIA TETAP BN HANCUR PADA PRU 14 NANTI


OLEH ANISAH SHUKRY

Datuk Ibrahim Ali berkata hari ini mana-mana kumpulan pendidikan yang 'radikal' boleh ditutup mulut dengan ancaman membatalkan pendaftaran mereka. 


PUTRAJAYA  mesti menghapuskan semua sekolah vernakular kerana ia menghalang perpaduan negara, dan menggantikannya dengan sekolah satu aliran, gesa satu gabungan kumpulan badan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan hak Melayu.

Melalui satu Memorandum Perpaduan Negara, mereka berkata hari ini, Putrajaya boleh menutup mulut mana-mana kumpulan pendidikan "radikal" yang menentang langkah itu, seperti Dong Zong, melalui ancaman membatalkan pendaftaran mereka.
"Ketegasan ini perlu kerana beberapa aliran sekolah yang sudah wujud sekian lama tidak kondusif kepada usaha mempromosikan dan mengukuhkan perpaduan nasional di Malaysia," menurut memorandum itu yang dirangka sebuah jawatankuasa dipengerusikan Ketua Perkasa Datuk Ibrahim Ali.
"Jika cadangan memansuhkan sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) dan Tamil (SJKT) ditentang pertubuhan seperti Dong Zong, kerajaan Malaysia mesti mengkaji semula pertubuhan ini dan mengeluarkan surat tunjuk sebab kenapa pendaftaran mereka tidak patut dibatalkan.

"Dalam erti kata lain, tiba masanya kerajaan Malaysia bertindak tegas terhadap mana-mana kumpulan pendidikan yang radikal menentang usaha memupuk perpaduan negara, termasuk Dong Zong dan yang seumpamanya."
Memorandum itu menggesa Putrajaya menjelaskan kepada rakyat kaitan antara Dong Zong dengan "Suqiu", sebuah "pergerakan ultra-chauvinis" Cina yang pernah membuat 83 tuntutan dari Putrajaya pada 1999.
Katanya, Putrajaya tidak harus tunduk kepada tekanan dari aktivis pendidikan bukan Bumiputera.
"(Sekolah vernakular) bertentangan matlamat mengubah sistem pendidikan negara kepada satu mekanisme bagi mewujudkan perpaduan negara di kalangan pemuda berbilang kaum di Malaysia.
"Inilah sebabnya kenapa sistem itu dikatakan menimbulkan perpecahan antara kaum, agama dan budaya, dan mengancam perpaduan negara," menurut memorandum itu.
Memorandum tersebut dibahaskan lebih 300 wakil NGO Melayu pada Konvensyen Perpaduan Negara di Kuala Lumpur hari ini sebelum diluluskan petang ini.
Kumpulan itu berhasrat menyerahkan memorandum itu kepada kerajaan, Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-raja.
Bagaimanapun, dalam satu wawancara khas disiarkan Mingguan Malaysia hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata Umno tidak boleh menutup sekolah Cina sekiranya ia hendak meningkatkan sokongan kaum Cina.
"Ini kerana tidak mungkin sokongan orang Cina dapat ditingkatkan jika pada nafas yang sama  kita tuntut sekolah Cina ditutup," katanya. Posted By The Malaysia Insider
Ulasan Editorial The Sabah Insider.net.


 Niat dan hasrat PERKASA mencadangkan  Kerajaan  untuk menutup dua buah sekolah  Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) sudah sekian lama wujud negara ini boleh dianggap perbuatan  bodoh yang boleh dianggap untuk mengguris hati kaum Cina dan kaum India di negara ini.
Kita mahu tanya sama Ibrahim Ali (PERKASA) kenapa beiau (Ibrahim Ali) terlalu anti dengan bangsa Cina dan India termasuk anti dengan para penganut agama Kristian negara ini.
Seandainya  kerajaan Barisan Nasional (BN) akur dan turut menerima bulat-bulat cadangan Ibrahim Ali untuk menutup dua buah sekolah tersebut maka jelas Barisan Nasional (BN) akan tewas pada pilihanraya (PRU 14) nanti.
Sedar kah Ibrahim Ali kaum Cina dan India mereka adalah ahli parti komponen BN  MIC dan MCA, Gerakan dan LDP bila Ibrahim Ali mengeluarkan kenyataan sebegini rupa sentiment berbaur hasutan ia jelas telah menimbulkan dan mengundangkan  kemarahan kepada dua kaum ini iaitu Cina dan India sudah tentu kerajaan Barisan Nasional/BN kena tempiasnya kerana membiarkan Presiden PERKASA membuka sesuka hatinya walaupun mulut bacul mulutnya  macam longkang.
Jika para pimimpin kerajaan BN tidak berani menegur apa juga perbuatan Ibrahim Ali yang boleh meimbulkan ketegangan kaum dan agama di negara ini sudah pasti BN akan menerima padahnya  masyarakat Cina dan India akan keluar di BN inikan yang Ibrahim Ali mahukan untuk mempora porandakan dan mengucarkacirkan perpaduan sedia terjalin antara Melayu, Cina dan India sekian lama.
Niat jahat Ibrahim Ali amat ketara sekali dipergunanya UMNO untuk kepentingan peribadinya ataupun PERKASA untuk membelasah kaum cina dan india Presien PERKASA dan termasuk talibarut dan kuncu-kuncunya  memang tidak senang hati melihat keharmonian wujud di negara ini ia suka kalau bilau.
Kalau pihak kerajaan khususnya pihak Kementerian Dalam Negara (KDN) tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap tindak tanduk Ibrahim Ali yang boleh menimbulkan huru hara nescaya tragedy 13 May akan kembali lagi sebab kemarahan kaum cina dan india sudah terlalu membakar hati mereka terhadap kerajaan  gara-gara perbuatan PERKASA kerajaan kena tempiasnya.
Niat Ibrahim Ali berbuat demikian untuk mengundang kemarahan kaum Cina dan India supaya PRU 14 nanti undi kedua kaum itu pergi kepembangkang,
Syabas Ibrahim  Ali  dan PERKASA kerana sedikit sebanyak  PERKASA  ada peranan untuk membantu pihak pembangkang bagi  meraih undi daripada kaum Cina dan India pada PRU 14 nanti teruskan Ibrahim Ali niat jahatmu kepada kaum Cina dan Indi supaya undi cina dan india nanti condong ke parti pembangkang.



PROGRAM WOMEN CAREER COME BACK GALAKAN WANITA BERPERANAN....LINDA TSEN.....SAMSUDIN

OLEH: AZMI AZMAN

Gambar Menunjukkan:.....Linda bersama Samsudin dan Rahimah merasmikan Balai Wanita Puan Hajjah Kasmah Salleh di Kampung Gas




BATU SAPI:- Ahli Parlimen Batu Sapi Datuk Linda Tsen Thau Lin yakin bahawa program-program seperti Program Pengarah Wanita, “Satu Malaysia Support for Housewives dan “Women Career Come Back akan menggalakkan kaum wanita memainkan peranan yang lebih aktif dalam pembangunan negara dan menyumbangkan kepada kesejahteraan rakyat.

Dalam Belanjawan 2015 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita, Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini, satu strategi  iaitu Strategi Kelima Belanjawan ialah Memartabat Peranan Wanita, kata Linda ketika merasmikan Balai Wanita Puan Hajjah Kasmah Salleh di Kampung Gas kelmarin.

Ia termasuk melibatkan usaha memperkukuh program Pengarah Wanita untuk mencapai 30 peratus penglibatan wanita dalam kumpulan pembuat keputusan, program “Satu Malaysia Support for Housewives” dan program “Women Career Come Back”, tambah beliau.

“Saya yakin program-program ini akan menggalakkan kaum wanita memainkan peranan yang lebih aktif dalam pembangunan negara dan menyumbangkan kepada kesejahteraan rakyat,” katanya lagi.


Dalam pada itu, Linda percaya dengan adanya Balai Wanita di Kampung Gas ini, lebih banyak kegiatan boleh dianjurkan untuk kaum wanita dan menyumbangkan kepada strategi Kerajaan untuk Memartabat Peranan Wanita.

“Saya menyarankan penduduk-penduduk di Kampung Gas ini, terutamanya kaum wanita, menggunakan sepenuhnya Balai Wanita ini untuk manfaat semua,” kata Linda.

Linda telah menyempurnakan perasmian Balai Wanita yang dibina menggunakan peruntukan Ahli Parlimennya, bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekong merangkap Ketua UMNO Bahagian Batu Sapi Datuk Samsudin Yahya dan Ketua Wanita UMNO Batu Sapi Rahimah Asrah.




CADANGAN JKDB AKAN PINDAHKAN GERAI-GERAI KE KAWASAN LEBIH SELESA DISAMBUT BAIK PENJAJA


OLEH: SHAIMON S JUMADI

CADANGAN Pengerusi Jawatankuasa Kemsyarakatan Dalam Bandar (JKDB) Flat MPS Karamunting Haidah Nasrin untuk mengemaskinikan  struktur kedudukan gerai-gerai penjaja dilingkungan kawasan perumahan itu adalah merupakan satu usaha murni dan tindakan yang positif.


BINCANG....Haidah telah menemui seorang penjual ikan bagi menerangkan maksud yang sebenar mengenai pemindahan gerai-gerai itu





Dalam tinjauan Krew The Sabah Insider.net ketempat itu baru-baru ini telah melihat bahawa kedudukan gerai-gerai di situ tidak tersusun lintang pukang sebahagian penjaja ikan meletakan gerai mereka disepanjang pinggir jalanraya ini boleh membahayakan para pelanggan kerana kenderaan memang tidak putus-putus lalu dijalan masuk ke kawasan flat tersebut.

Atas inisiatif dan inovatif  dan kebijaksaan pengerusi JKDB itu beliau telah mengorak langkah setapak untuk membantu bagi memajukan para penjaja disekitar kawasan itu  dalam dunia perniagaan kecil-kecilan lantas beliau (Haidah) telah mengambil keputusan untuk memindahkan gerai-gerai tersebut ditempat kawasan yang lebih selamat dan lebih selesa.

Pada hari Sabtu lepas Haidah dan bersama Ahli Jawatankuasanya berkesempatan menemui beberapa orang penjaja untuk menerangkan tentang cadangan untuk memindahkan gerai-gerai itu disatu kawasan yang telah disediakan  telah disambut baik oleh para penjaja terbabit.

Kata Haidah tujuan untuk memindahkan gerai-gerai yang ada sekarang ini yang tidak tersusun akan susun semual strukturnya  mengikut urutan contohnya kalau gerai ikan dikhaskan untuk gerai ikan sahaja begitu juga gerai sayur dan buah-buahan disatukan, sementara garai makan dan minuman juga disatukan manakala gerai rombengan memang diasingkan.

“Inilah satu tanggungjawab dan peranan  yang pikul oleh JKDB memang  sentiasa untuk membantu kepada masyarakat setempat bukan saja fokus kepada satu arah  sahaja tetapi fokus kesuluruhan khususnya yang ada hubung kaitan dengan permasalahan penduduk dalam beberapa aspek dari segi kesihatan, pembangunan dan alam sekitar ini perlu diambil kira sejajar dengan peranan JKDB sebagai mata telinga kerajaan” ujarnya.




KETUA POLIS NEGARA DAKWA 200 NELAYAN DITAHAN BUKAN WARGA KITA

Gambar khiasan Arkib



KUALA LUMPUR:- Seramai 200 nelayan yang ditahan oleh pihak berkuasa Indonesia sejak Isnin lepas kerana didakwa menangkap ikan secara haram di perairan negara itu dipercayai bukan rakyat Malaysia.

Menyatakan demikian, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata mereka tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan atau pengenalan diri.
  
 
"(Mereka) dipercayai rakyat asing yang cuba menyelusup masuk ke Malaysia melalui perairan Indonesia, " katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur hari ini.


Khalid berkata, bagaimanapun kerjasama dengan pihak berkuasa Indonesia berhubung perkara itu masih diteruskan bagi menyelesaikan isu tersebut.

Laporan media baru-baru ini memetik Setiausaha Kabinet Indonesia Andi Widjajanto berkata negara itu menahan nelayan-nelayan itu dalam operasi mencegah penangkapan ikan secara haram di perairan negara itu sejak Isnin lepas.
 

Semalam, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pihaknya setakat ini tidak mendapat sebarang laporan mengenai kehilangan nelayan tempatan seperti yang dilaporkan pihak Indonesia.

Beliau berkata hasil pemeriksaan Jabatan Perikanan tiada ahli keluarga nelayan di Semenanjung dilaporkan hilang.

Kini, jabatan memeriksa keluarga nelayan di Sabah dan Sarawak, katanya.

Bernama


JKDB DAN RUKUN TETANGGA FLAT KARAMUNTING ANJUR KEMPEN KUTU SAMPAH


OLEH: SAIMON  S JUMADI
FOTO: APEK ANSUKOI


KARAMUNTING:- Jawatankuasa Kemasyarakatan Dalam Bandar (JKDB)  Flat Karamunting dan Rukun Tetangga Zon Flat Karamunting petang tadi telah mengadakan Kempen Kutu Sampah.

Pengerusi JKDB Flat Karamunting Puan Haidah Nasrin  yang  mengetuai kempen tersebut bersama-sama AJK JKBD dan AJK Rukun Tetangga  bagi menerangkan kepada penduduk-penduduk mengenai penjagaan kebersihan disekeliling kawasan flat berkenaan perlu ditingkatan

Selain mengadakan kempen kutu sampah Haidah sempat  menemui para penjaja dan menjelaskan pihaknya akan mengstruktur (menyusun) semula  mengenai kedudukan  gerai-gerai yang kini tidak taratur.

“Kita akan susun semula kedudukan gerai mengikut urutan yang betul supaya   kelihatan lebih kemas dan tersusun rapi  kalau gerai ikan, ikan saja, gerai sayur dan gerai buah-buahan disatukan gerai  menjual  makanan  minuman  disatukan dan gerai menjual pakaian rombengan” kata Haidah kepada Wartawan Kanan The Sabah Insider.net sejurus selepas lawatannya kegerai berkenaan.


Katanya lagi kedudukan gerai ikan yang ada sekarang memang tidak sesuai  kita telah mengambil kira  dari aspek sudut  keselamatan tidak terjamin kerana keberadaan gerai tersebut  kini  berada di tepi jalan raya dan  akan membahayakan para pelanggan yang hendak membeli ikan 

“Saya berterima kasih kepada  semua penjaja berkenaan kerana menyambut baik cadangan untuk memindahkan gerai-gerai mereka ketempat yang lebih selesa dan  lebih selamat darpada gangguan para kenderaan yang lalu lalang disitu” ujarnya.




CADANG BUNG AGAR ASTRO DITUTUP SAJA MENDAPAT RESPOND 90 PERATUS PELANGGAN SELURUH NEGARA


SOROTAN DARI MEJA EDITOR
SHAIMON S JUMADI
 









LEBIH 90 peratus pelanggan ASTRO  seluruh negara mengalu-alukan dan memberi sokongan penuh terhadap  kritikan  Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mohktar Radin yang cukup  bernas dan bermenfaat khususnya kepada para pelanggan ASTRO semasa sesi soal jawab  di Persidangan Parlimen pagi  kelmarin berhubung tindak tanduk pihak ASTRO.
 
Apa yang diperkatakan oleh Datuk Bung mengenai prilaku pihak ASTRO yang dianggap telah menipu kerajaan dan rakyat terutama sekali para pelanggan memang benar dakwaan Bung itu.

Selama ini para pelanggan dan bekas pelanggan ASTRO yang sering berhadapan dengan masalah bayaran tiada tempat  mengadu untuk meluahkan kemarahan para pelanggan sering menjadi mangsa penipuan.

Contoh yang terdekat 50 peratus bekas pelanggan ASTRO sebelum siaran mereka minta diputuskan  atau ditamatkan kerana tidak berminat dan tidak puas hati dengan siaran ASTRO mereka telah membayar bil-bil terakhir agar tidak ada bil-bil yang tertunggak.


Tetapi amat malang sekali pelanggan tadi yang sudah tidak lagi menjadi pelanggan mereka setiap bulan masih lagi menerima bil-bil daripada pihak ASTRO sedangkan mereka bukan lagi pelanggan ASTRO dan tidak lagi berhutang dengan ASTRO disamping itu para pelanggan tersebut terus diganggu oleh agen-agen ASTRO. 

Kita terus terang saja sebenarnya siaran ASTRO sama sekali tidak berkualiti terlalu banyak ikhlan mengalahkan siaran TV1-TV2 dan TV3 dan kebanyakkannya siaran seperti Drama diulang-ulang siarannya macam tiada bahan cerita lain untuk disiarkan.

Kalau dibandingkan siaran TV1-TV2 dan TV3 lebih bagus daripada siaran ASTRO sudahlah mahal bayarannya siaran tidak berkualiti dan konteks ini ramai pelanggan yang sudah menjadi mangsa penipuan ASTRO menyokong cadangan Bung agar ASTRO  ditutup saja daripada meneruskan siaran yang tidak berkualiti menipu kerajaan dan para pelanggannya.

Atas beranian  Datuk Bung menyelar dan membelasah  pihak ASTRO merupakan satu tindakan baik bagus  dan dalam hubungan ini  Bung  harus diberikan penghormatan kerana membela rakyat yang  tertipu oleh kejahilan ASTRO syabas Datuk Bung jasamu tetap dikenang hingga keakhir rakyat.


Sebagai menambah dakwaan Bung memang  benar siaran ASTRO tidak berkualiti langsung contohnya kalau ada angin kencang atau angin sepui-sepui ditambah lagi  keadaan  langit  mendung seakan akan hujan mahu turun siaran ASTRO terus terputus apa lagi kau hujan lebat berjam-jam lamanya langsung tidak ada  siaran ASTRO  2 hingga 4 jam lamanya bukan kah rugi pelanggan membayar bil bulanan.