TINDAKAN GANAS GENG BAJU MERAH YANG DITAJA OLEH UMNO MENDAPAT KECAMAN OLEH AHLI-AHLI KOMPONEN BN….The Sabah Insider Online



OLEH: MUTHUSAMMY A/L ARUMOGAN (SELANGOR)
Wednesday  October 12/2016

SELANGOR:- Tindakan  ganas Geng  Baju Merah yang ditaja oleh UMNO diketuai oleh Ketua Bahagian UMNO Sungai Besar Jamal Yunos menjurus kepada menjatuhkan  imeg UMNO dan  keseluruhan para pemimpin UMNO dipersada politik tanah Air.

Sepatutnya para pemimpin atasan UMNO memberikan nasihat kepada Jamal dan ahli-ahli UMNO yang lain yang turut serta  dalam kumpulan Baju Merah supaya menjaga imej parti UMNO dan juga imej Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Abd Razak yang juga selalu Presiden UMNO agar nama UMNO dan nama Najib sentiasa segar dan mekar di hati setiap orang khususnya rakyat yang berbilang kaum dan agama di Negara ini agar UMNO dan para pemimpin UMNO sentiasa dihormati.

Prilaku Jamal Yunos dan ahli-ahli UMNO sebagai Geng Baju Merah selain mereka bertindak ganas membakar gereja, membakar kenderaan awam dan baru-baru ini kumpulan Baju Merah telah  menyerang seorang anggota Polis berpangkat Inspektor dikeroyok dan dibelasah habis-habisan.

“Kadang-kadang  saya terasa malu dengan tindakan ganas ala militant IS  Geng Baju Merah walaupun saya berbangsa India ahli cawangan MIC kawasan  Hulu Langat tetapi saya seorang hamba Allah beragama Islam.

Seolah-olah Islam mengajar para pengikutnya supaya berbuat jahat setiap masa membelasah  orang dengan sesuka hati saya malu dengan rakan-rakan seperjuangan dalam MIC yang berketurunan India bukan beragama Islam  dan anggapan  mereka  Islam adalah agama yang membentuk umatnya jadi ganas seperti Geng Baru Merah” Kata Mohamed Dani Fathil ketika di wawancara oleh para media kelmarin.

“Kita tidak tahu apa tujuan sebenarnya geng Baju Merah  melakukan keganasan benarkah Jamal ingin mempertahankan UMNO di persada politik tanah air disamping mempertahankan kedudukan Najib sebagai Perdana Menteri  atau niat lain.

“Sebab bila kita fikirkan dan mengimbau sejenak perbuatan Geng Baju Merah yang di dorong oleh Datuk Zahid Hamidi  Datuk Noh Omar dan Datuk Nazri Aziz yang diketuai oleh Jamal menjurus untuk menghacurkan parti UMNO dan menjatuhkan Najib sebagai Perdana Menteri.

Dengan perbuatan jahat dan ala sanseng Geng Baju Merah yang bertindak ganas jelas menimbulkan kemarahan dan kebencian rakyat  berbilang kaum  jangan cakap soal bangsa India-Cina-Kadazan-Murut-Dusun dan Iban bahkan orang  Melayu sendiri tidak suka perbuatan jahat Geng Baju Merah termasuk juga ahli-ahli komponen BN seperti Gerakan-MIC dan MCA.

Sudahlah kaum India dan Cina bencikan UMNO  ditambah lagi perbuatan  Jamal  yang ingin membakar kuil-tokong dan gereja siapa lagi mahu percayakabn UMNO/BN” Dani Fathil lagi.

“Kita sedar  kumpulan Geng Baji Merah memang  mendapat sokongan moral dari pihak PDRM itulah Jamal Yunos berani menyelar annggota Polis  mereka tidak takut dengan undang-undang  pertama dia orang kuat UMNO siapa berani tangkap Jamal dan geng-gengnya Ketua Polis Negara sendiripun tunduk dengan Jamal Yunos itulah sikap Jamal bertambah  berang” Kata Dani lagi.








No comments:

Post a Comment