The Sabah Insider Online ......IPG GAYA, KENINGAU BAKAL TUTUP?



OLEH: ISMAILY BUNGSU
Sabtu Oktober 22/2016

SEPATUTnya kian hari kian bertambah pusat latihan perguruan dan demikian juga universiti kian banyak untuk memudahkan rakyat mendapatkan ILMU sesuai dengan ayat IQRA yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi melalui Jibrail di Gua Hira sebagai ayat/firman Allah pertama.

Allah mahukan kita berilmu dan menuntut ilmu itu sesuatu yang harus/wajib dan ini juga sudah termaktub dalam perlembagaan Malaysia untuk memberikan pendidikan kepada anak bangsa kita.

Apa yang berlaku sekarang ini bukan saja dana buat universiti dikurangkan 30% yang menyebabkan yuran meningkat, malah beberapa fungsi/sekolah/fakulti dikecilkan kesan dana yang dipotong tadi.

Nah, sekarang dikatakan konon IPG Gaya dan Keningau bakal ditutup, lalu apa saja yang ada di Sabah? ini memang satu petaka yang tidak boleh diterima kesan kedua-dua IPG yang dulunya dinamakan Maktab Perguruan merupakan maktab yang cukup berjasa dan telah berjaya melatih anak-anak bangsa kita menjadi guru yang professional.

Jika tindakan ini benar, maka jelas kerajaan Malaysia bawah pimpinan Najib gagal selesaikan masalah dan kesannya banyak sangat dana entah ke mana perginya maka inilah antara kesan yang terpaksa dihadapi oleh rakyat Malaysia dan jelasnya negara bukan maju di tahun 2020 sebalik menuju ke belakang.

Rakyat Sabah memang baik hati dan kena setuju GST dinaikan persennya untuk mengelak negara kita terus dalam keadaan susah dan terus membiarkan BN berkuasa.
Ini kalilah!


No comments:

Post a Comment