( bil klinik RM32,800)
OLEH:
ISMAILY BUNGSU
Monday
October 17/2016
SLOGAN "Rakyat
diDahulukan" “Pencapaian diutamakan”
tidak relevan lagi kesan kos hidup mendadak naik, sedang harga getah, sawit
harapan orang kampung jatuh menjunam hingga rakyat terkapai untuk mendapatkan
makanan buat alas perut dan keperluan seharian serta belanja anak-anak ke sekolah setiap hari.
Luang ( Lowongan) kerja di Sabah kurang dan
pengangguran di Malaysia meningkat, lulusan universiti berlambak dan yang
"drop out" di sekolah menengah dan politeknik terdampar tak
berketentuan untuk mendapatkan kerja dan untuk keluar negeri siap imigresen
tahan kesan pinjaman kala belajar belum diselesaikan.
Slogan Rakyat Didahulukan
harusnya ditukar menjadi "rakyat dimampuskan". Memang bahasa ini agak
kasar dan jahat tetapi kelihatannya itulah yang sesuai dan berpatutan
berdasarkan keadaan yang pemimpin rasuahnya nombor wahid.
Apa tidaknya hospital
sekarang ini banyak yang kekurangan ubat dan kelengkapan tidak cukup dan bukan
itu saja bila ke sana orang ramai berbaris dan kelihatannya wajah-wajah asing yang tidak dikenali sebab bahasanya juga
beda sama sekali. Siapa saja mereka itu?
Kalau datang pagi dan
petangnya belum selesai dan kalau yang mengandung mahu beranak pasti bersalin
lebih awal dan itu suasana yang saya perhatikan.
Kesan STRESS maka baik
doktor atau jururawatnya selalu ada yang marah-marah dan itu tidak boleh disalahkan sebab suasana
tempat kerja menjadikan mereka tertekan dan mereka juga terkena penyakit stress
atau sedang tengah datang bulannya. Memang menyakitkan.
Nah, cuba saja kita
berhatikan bil klinik di Melaka itu kosnya mendekat RM33,000. Lalu bagaimana
orang miskin mahu hidup jika demikian keadaannya?
Orang kaya kesan rasuah ada
ratus juta dalam akaun peribadi dan wang juta-juta disimpan di pejabat atau
rumah sendiri makanya itu tiada masalah sebalik yang miskin untuk makan susah
bagaimana nanti?
Kalau begitu terbaik
disaran ORANG MISKIN DILARANG SAKIT dan sakit itu tidak perlu buat orang miskin
dan harusnya barangkali kita menulis surat kepada Tuhan AyahPin agar menentukan
orang miskin tidak usah sakit sebaliknya terus saja MATAI. Ini barangkali NGAM
dan sesuai.
Memang di Malaysia ini
keadaannya begitu slogan untuk menyenangkan rakyat hanya retorika semata dan
enak didengar dan enak dilaungkan di TIVI tetapi hakikat sebenar memang GOBLOK
dan menipu yang akhirnya rakyat menangis tidak berair mata.
No comments:
Post a Comment