OLEH: SHAIMON S
JUMADI (SDK)
Khamis Oktober 27/2016
SANDAKAN:-Kerajaan perlahan-lahan
mengurangkan beberapa jenis subsidi termasuk subsidi minyak masak akan dihapuskan berkuatkuasa 1hb
Januari 2017.
Subsidi minyak masak
akan dihapuskan berperingkat-peringkat
bermula bulan depan, menjadikan kenaikan sebanyak 40 sen kepada RM2.90 bagi
paket satu kilogram dan kini harga
runcit minyak masak seberat 1kg (satu paket)
harga dipasaran RM2.50
Harga bagi botol 5kg pula
meningkat RM1.90 kepada RM15.25, lapor portal Star Online hari ini.
Bagaimanapun minyak masak paket 1kg akan terus dikawal kerajaan
apabila subsidi dikurangkan mulai 1 November ini. Subsidi minyak masak 5kg
akan dimansuhkan pada
1 Januari.
Kesemua saiz lain seperti
dalam botol 500gram, 1kg, 2kg dan 3kg tidak lagi disubsidikan oleh kerajaan.
“Semua harga runcit bagi minyak masak campuran
dalam pelbagai jenis bungkusan juga tidak lagi diberikan subsidi, ” kata
Persatuan Pengeluar Minyak Makan Malaya (Meoma) dalam kenyataan.
Ahli Parlimen Sandakan
(DAP) Stephen Wong Tien Fatt berkata tindakan kerajaan menghapuskan subsidi
minyak masak memang tidak relevan
kerana dengan menansuhkan subsidi minyak masak tentu para
peniaga khususnya agen-agen pengeluar minyak makan (Masak) akan menaikan
harga minyak serta merta dan perkara ini masyarakat pengguna yang berpendapatan rendah akan sentiasa
berdepan dengan masalah.
Dalam pada itu Wong meminta
pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) agar memberi amaran kepada pengilang, pembekal dan peruncit akan
dikenakan tindakan jika menyorok barangan keperluan demi mengaut keuntungan
disamping merampas barangan, menarik balik lesen dan dihadapkan ke mahkamah
mengikut Akta Kawalan Bekalan. –
No comments:
Post a Comment