OLEH:
ISMAILY BUNGSU
Rabu
Oktober 05/2016
KETIKA Datuk Sri Panglima Lajim Hj Ukin mengumumkan keluar dari parti keadilan di
Yahoo hotel ahad lalu, saya memang berada di sana dan mengamati setiap
ucapannya.
Memang beliau
ada menyebut 10 cabang PKR ikut bersamanya dan itu yang pasti dan untuk saya
ubah kenyataan itu memang tidak boleh sebab sebagai penulis, itulah yang beliau
perkatakan meski kekadang ada percanggahan dari segi perlembagaan. Itu bukan
urusan saya untuk menghuraikan.
Antara
kata-kata lain yang Lajim ucapkan ialah
lebih kurang begini " RUMAH SENDIRI, KUNCI SENDIRI YANG PEGGANG".
Nah,
kesan-kesan kata-kata itu saya diminta
memberikan pencerahan dan pencerahan ini bukan pandangan orang lain tetapi pandangan
saya sendiri kesan diminta.
Sdra
Hamzah Abdullah pemimpin AMANAH di Sabah menyatakan mengulas bahawa slogan itu
katanya bukan sesuatu yang boleh menyumbang ke arah mengharmonikan hubungan
baik sesama parti pembangkang.
Seterusnya
beliau minta semua orang berhati-hati ketika mengeluarkan kenyataan agar tidak
dilihat seolah-olah itu menghalakan muncung senapang sesama gabungan
pembangkang bukan kepada BN.
Satu
soalan sebagai INTRO perbincangan bahawa kita tinggal di kampung atau perumahan
dan dalam kampung atau perumahan itu memang sudah ada muafakat kerjasama
sesama, tetapi apakah kunci rumah kita yang ada di kampung itu orang lain sama
peggang? Contohnya diri sendiri. Adakah begitu?
Nah,
tentunya tidak, makanya bila kita peggang kunci rumah kita sendiri itu tidak
bermakna menghalakan muncung senapang kepada orang lain.
Maksud Lajim barangkali ialah bila kita ada anak dan
anak-anak itu sudah berkahwin, maka
terbaik ada rumah sendiri dan kunci sendiri yang peggang dan apakah setelah 53
tahun kita merdeka kita tidak matang akan terus berada di rumah orang lain?
Barangkali ini yang harus difikirkan. Ini sekadar pandangan dan boleh hujah.
Allah
memang telah berfirman di mana-mana saja bumi ini semuanya milik Allah, sedang
kita sendiri milik Allah tetapi disamping Allah cipta undang-undang, maka ada
lagi peraturan-peraturan yang harus kita
laksanakan seperti juga dalam pejabat ada peraturan di mana harus membuang
sampah, tidak bising dan segala macam peraturan.
Nah,
disamping peraturan Allah yang harus dipatuhi maka manusia juga ada
peraturan-peraturan hidup seperti contoh
kalau ikut hukum Allah semua pulau, benua dan bumi milik Allah tetapi sebagai
manusia perlu ada peraturan untuk masuk ke satu wilayah perlu ada visa atau
passport meski masuk ke negara arab melaksanakan hukum haji/umrah dan tentunya
tidak sesuka hatinya.
Makna
tanah Arab memanglah orang arab yang peggang kuncinya dan kita tidak seenaknya
masuk ke sana tanpa kebenaran dan kenyataan ini sesuailah dengan slogan Lajim yang menyatakan Rumah sendiri, sendiri peggang
kuncinya. Betul?
Baiklah,
kenapa timbul slogan Sabah fo Sabahan, Sabahans for Sabah, ubahsabah dan rumah
sendiri, sendiri peggang kuncinya? Tentu ada sebab-sebabnya dan itu kita kena
fikirkan lagi.
Semua
dalam dunia ini visi hidupnya harus punya rumah sendiri dan sendiri yang
berkuasa dan kita ini sudah merdeka 53 tahun dan sabah terkaya tetapi kenapa
sabahan termiskin sekali dan kenapa pendidikan asas tersorot dan kenapa PATI
berleluasa datang ke Sabah. Siapa yang peggang kunci rumah Sabah? Cuba jawab!
Kesan
sesudah 53 tahun kita merdeka dan 53 tahun itu bukan waktu yang sengkat tetapi
apa saja yang kita terima? Bukankah kita menderita sengsara dibuli dan
dipermainkan oleh Malaya?
Memang
saya akui slogan-slogan yang disebut di
atas agak rasis tetapi siapa yang menyebabkan rasis itu? kenapa saja kekayaan
di bumi sendiri diangkut ke luar dan bukankah baik kalau kunci itu kita sendiri
yang peggang dan orang lain tidak peggang?
Kesan
orang lain peggang, maka orang lain sesuka hati datang dan merampok khazanah
negara bangsa dan orang lain juga sesuka hatinya menghukum apa mereka mahu
hingga undang-undang dan segala macam
AKTa dicipta sesuka hati untuk menganiaya sesiapa saja yang membantah atau
membongkar segala rahsia perbuatan atau kebangsatan olah mereka terhadap
sabahan. Ini harus dimengerti.
Saya
melihat memang ada sedikit kasar slogan demikian tetapi demi kepentingan negara
bangsa dan sabahan keseluruhannya meski itu terasa pahit kedengaran tetapi
terpaksa dilakukan dan tidak bermakna itu menghalakan muncung senapang kepada
jiran sekampung dan kenyataan itu saya sanggah.
Yang
penting sekali nawaitu kita dan sama seperti ayam yang melihat helang terbang
akan ia kumpul anak-anak atau sorok anak-anak di bawah sayap untuk maksud
selamatkan anak-anak dari serangan helang berkenaan. Apa ini tidak benar?
Saya
buka untuk perbincangan asal demi kebaikan elak berbahasa kesat dan hujah
secara berhemah dan bersahabat meski beda fahaman politik kesan visi kita demi
sabahan/malaysian amanya.
No comments:
Post a Comment