PEMBANGKANG KELUAR
BUKAN BIADAP
( tapi tanda protes salahguna kuasa pemimpin BN)
( tapi tanda protes salahguna kuasa pemimpin BN)
OLEH: NURLIYANA
ABDULLAH (TENOM)
Monday October
24/2016
BAJET 2017 hanya RM260 bilion sedang bajet 2016 RM267.2 bilion
dan itu cukup aneh sedang kerajaan telah menyatakan ekonomi musim depan
membangun sekitar 4%. Jelas kerajaan tahu dimusim mendepan ekonomi merundum
terus.
Pendapatan kerajaan hanya RM219.7 bilion makna kerajaan
terpaksa meminjam 40 bilion lagi dan hutang negara semakin membengkak. Apakah
rakyat tahu hal ini? Ini kena bijak meneliti bukan hanya jadi pak turut atau
main angguk macam lembu yang tinggal di kondo. Projek undang bagaimana duhai
Noh?
Apa yang saya jelaskan di atas tentunya itu kurang
difahami oleh rakyat di desa, kampung mukim malah yang di bandar sendiri kurang
tahu hal ini selain hanya mendengar kenyataan di TV atau media milik UMNO yang
menguar2kan sesuatu yang cantik sebalik yang buruk di akta OSAkan. Bacul!
Apakah bajet 2017 akan menyebabkan rakyat hidup bahagia
atau hanya membahagia dan memakmurkan pemimpin yang korup atau pegawai kerajaan
yang bersikap memboroikan perut sendiri dan keluarga serta famili terdekat?
Rujuk rasuah Jabatan Air Sabah!
Saya perhatikan Skin Latihan 1Malaysia(SL1M) libatkan
20,000 pelajar dan ini kemungkinan tidak memberikan sebarang pekerjaan buat
mereka dan sama seperti di negara lain di luar Malaysia.
Yang harus kita fikir ialah apakah bajet yang ada dapat
selesaikan hal yang paling utama beri luang dan pekerjaan mereka yang selesai
belajar seperti lulusan universiti? Ini harusnya untuk jangka panjang bukan
jangka pendek seperti Br1M.
Bagaimana sistem perumahan negara dan ini lebih penting
banding yang lain dan di Sabah saja masalah ini kian menyusah dan ditambah
dengan sara hidup yang meningkat menyebabkan rakyat tidak sabar lagi membantai
BN bakal beralih ke WARISAN. Hidup Warisan!
Hutang yang terkumpul kiat membala dan kutipan GST
sekadar RM30 bilion hanya diguna untuk menampung bayar bunga yang kerajaan
hutang termasuk dana 1MDB dan jelas bajet 2017 tidak akan dapat mengubah
keadaan yang ada dan ianya hanya cantik diucapkan kesan seolah terkait tetap
itu tidak menjanjikan membawa perubahan yang baik untuk rakyat.
Pemberian BR1M seperti biasa itu pancingan untuk rakyat
sedang GST secara perlahan-lahan semula mengutip duit pemberian itu malah lebih
banyak banding Br1M.
Saya membuat kesimpulan bajet 2017 hanya indah khabar
banding rupa dan rakyat tetap susah menderita kesan RASUAH yang terus berakar
umbi dan menjadi budaya yang tidak salah di kalangan pemimpin BN sendiri.
No comments:
Post a Comment