KARYA
ISMAILY BUNGSU
Rabu
Oktober 04/2016
INIlah sebuah
sandiwara dan ceritanya memang menarik sangat sedang penontonnya beruk urang
utan, monyet dan segala macam di sipilok sandakan dan memang hebat dan
mengasyikkan.
asoiiiiii!
Katanya seorang bung moktar
kalau sudah kalah buatlah cara kalah dan jangan lontar kata fitnah tidak
berasas dan dijawab oleh seorang saddi sambil menyoal katanya orang di sana
terasakah?
" Umno itu parti
demokratik siapapun boleh jadi ahli UMNO dan siapa yang tidak kenal saddi abdul
rahman yang terkenal sombong dan bongkak hampir semua kaki tangan kerajaan
dibawa bergaduh' Katanya Bung Mokhtar dan saya hanya memerhatikan percakapan
mereka itu.
Tiba seorang Pandikar teman
baik saya yang dulu sama di kementerian Kebudayaan, belia dan suka kenyit mata
sebelah dan saya kian ketawa dan meski hanya di handphone, saya bisa bayangkan
bagaimana pak pandikar ketawa sendirian sambil picit-picit handphone jenis i
Phone. Cermin matanya hampir jatuh.
Kemudian seorang saddi
menjawab konon ia tiada rekod gaduh, sombong, bongkang dengan kakitangan awam
sambil ia minta seorang bung mokhtar bertanya dirinya sendiri yang bising macam
tin kosong smk Sukau dan SMK Paris sudah 4 penggal jadi MP tidak pandai selesai.
Ah, tentu Pak Min alias Pak
Pandikar Amin Mulia yang diam terus tapi matanya dikenyit2kan sama saya kalau
berhadapan sebab saya kenal sangat yang namanya Pak Pandikar itu.
Serentak itu Bung Moktar
Radin mengata lagi kalau Saddi mahu jadi pemimpin boleh ukur baju di badan
sendiri, payah ambil cermin dan cerminlah diri sendiri sama ada layak atau
tidak.
Lagi-lagi Pak Pandikar diam
tak menjawab dan barangkali terlalu penat kenyit mata dan tiba2 Saddi menjawab
begini.
"Sudahlah jangan
sentuh soal peribadi. Kalau hebat sangat kenapa tinggalkan Shafie yang banyak
mengasi kaya sama ko baru sekarang pura2 menyokong Najib. Dulu bukan main
hantam ( hentam) Najib mahu ganti Najib, hantam musa aman. sudahlah orang tahu
juga perangai mu" Kata Saddi dan Pak pandikar terdiam dan terus membaca.
Memang aneh bin ajaib
mereka berkata2 semacam itu dan cuba saja teliti kata-kata dan ejaan bahasa
kedua pemimpin sudah kita tahu bagaimana minda mereka berbicara.
Saya terdiam dan usaha
kenyit mata sama Pak Pandikar tetapi pak pandikar menghilang dan entah ke mana
atau jangan2 ke tandas barangkali.
Tiba-tiba saya teringat
arahan Datuk Osu Sukam ketika duduki kerusi ketua menteri Sabah kepada saya
agar menyiasat kes berat keduanya YB berkenaan kala........( SSttttttttt cukup)
Memang saya siasat tetapi
yang saya laporkan sama Datuk Osu Sukam ketika itu semuanya baik dan saya
katakan "Tidak ada Datuk " dan kesan keduanya kawan saya sembunyikan
aib mereka berdua dan kala itu Bung Mokhtar kirim sms saya dan ucap terima kasih.
Ketika saya berhadapan
dengan monyet2 di Sipilok, mereka temui saya dan bertanya kenapa jadi demikian
perbincangan mereka itu dan saya tidak menjawab dan dalam diam ada yang ketua
urang utan berbisik di belakang saya.
" itu cerita periuk
belanga mengata padahal keduanya dua kali enam sama jawabannya dua belas"
Saya menoleh dan rupanya uran utan juga kenyit mata dan kenyitan itu saya balas
dan kami sama-sama senyum.
No comments:
Post a Comment