RASUAH : KOMEN MEMBUTA TULI
( tak tahu sistem kewangan baik diam)
( tak tahu sistem kewangan baik diam)
OLEH: NURLIYANA
ABDULLAH
Jumaat Oktober
14/2016
KES
RASUAH melibatkan pengarah dan timbalan pengarah air Sabah jelas ramai
sangat atau ada penulis di Sabah dan seberang membuat andaian yang AUTA dan
BODOH sebab rata-rata mereka memang penulis tetapi tidak tahu sistem tadbir
kewangan sebenarnya.
Ada kata DS Shafie
meluluskan projek kepada kawan-kawannya dan ini jelas pandangan BODOH dan Auta
dan ada juga yang mengatakan konon DS Shafie Apdal mempengerusikan mesyuarat
tender. Lihatlah betapa BEBALnya mereka itu tapi berlagak maha bijak sana dan
bijak sini.
Mana-mana menteri baik di
persekutuan atau Negeri Sabah tidak ada kuasa meluluskan apa-apa projekpun dan
yang meluluskan projek secara NEGO hanya dua manusia iaitu mereka yang duduki
kerusi menteri kewangan Malaysia dan menteri kewangan Sabah, tidak lain dan tidak
bukan ialah NAJIB RAZAK dan MUSA AMAN dan kelulusan itu disain oleh Ketua
Setiausaha(KSU) atau Setiausaha tetap kedua Kementerian Kewangan yang
berkenaan.
Mereka yang bebal kena
faham ini dan jangan kasih bodoh rakyat kerana menulis yang auta dan usaha
membutakan hati dan mata rakyat yang tidak tahu peraturan sistem kewangan di
Malaysia.
Kedua, projek yang bukan
nego/Award itu mesti diluluskan melalui mesyuarat Jawatankuasa tender dan yang
pengerusikan mesyuarat tender itu ialah KSU atau SUT kementerian berkenaan atau
pegawai2 bawahan yang diamanahkan oleh KSU atau SUT. Ini FAKTA dan bukan AUTA.
Penulis kena faham dan kena belajar peraturan ini sebelum menulis agar tidak
dikatakan maha bebal.
Benarkah Shafie terlibat?
Yang meluluskan projek
KSU/SUT restu NAJIB RAZAK atau MUSA AMAN, kenapa pula DS Shafie Apdal yang
tidak berhak melulus disalahkan? Biasa menteri2 mana-manapun hanya rekomendasi
bukan meluluskan projek.
Sesiapa termasuk SPRM tiada
cara salahkan DS Shafie Apdal sebab dia tidak terlibat meluluskan dan hanya
salah jika duit berjuta-juta itu
kedapatan ada di rumahnya atau suku sakatnya atau dalam akaunnya sendiri. Ada
bukti? Tunjuk!
Duit, geran tanah dan emas
yang mendekat 200 juta itu berada di mana? berada di rumah DS Shafiekah?
Bukankah di rumah Pengarah dan Timbalan pengarah Jabatan air Sabah?
Pengarah dan Timbalan Pengarah
Jabatan Air Sabah (JAS) itu memang DS
Shafie Apdal tidak biasa dan gambar-gambar membuktikan yang kenal mereka ialah MUSA AMAN
sendiri sebab Jabatan Air Sabah bawah kerajaan negeri dan bukan bawah KKLW.
jadi, kesan kenal itu harus menjadi asas kita mengandai bukan menuduh dan komen
penulis bebal yang tidak tahu peraturan sistem kewangan jelas hanyalah royanan
yang usaha mengalihkan pandangan konon menyalahkan DS Shafie yang memang tidak
bersalah.
Disamping kenyataan di atas
ada yang tersirat sebab ada yang menembak dua ekor burung hanya usaha
menggunakan sebiji peluru kesan berebutan jawatan ketua menteri dan ada dalam
parti saling menyalahkan kalangan mereka sendiri dan kesannya ada yang LONTAR
BATU SEMBUNYI TANGAN. Grup mana yang menyepi?
Jika apa yang saya
perkatakan ini dapat difahami oleh rakyat Sabah, maka itu sudah diketahui apa
sebenarnya yang berlaku dan apakah dana itu persiapan untuk PRU-14 akan datang?
Siapa mereka itu?
Mustahil yang faham fikiran saya ini masih terkial2 tidak faham atau pura2 tidak faham dan terus menyalahkan DS Shafie Apdal yang tidak bersalah?
Mustahil yang faham fikiran saya ini masih terkial2 tidak faham atau pura2 tidak faham dan terus menyalahkan DS Shafie Apdal yang tidak bersalah?
Memang bebal dan ini jelas
konspirasi dan Strategi mahu memburukan diri Shafie Apdal yang memang
mengguggat kedudukan kerajaan BN di Sabah.
Berfikirlah secara bijak
saja bukan secara TOLOL.
No comments:
Post a Comment