OLEH:
SORAYA EGG
Khamis
Oktober 20/2016
1.SECARA keseluruhannya, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM)
berjaya mengutip GST dan cukai langsung dan tak langsung sebanyak RM51.15
bilion pada tahun 2015, tahun ini kerajaan mensasarkan kutipan GST RM39 bilion,
melalui ejen pengumpulnya dari pihak peniaga/syarikat yang berdaftar sebanyak
409,000 buah.
2.Pentadbiran
Najib tidak ada pilihan selain GST untuk mengimbangi pendapatan negara yang
menyusut, berhadapan dengan harga petrol sebagai sumber
utama tidak dapat menampung pembangunan.
Dalam keadaan ekonomi rakyat lemah, faktor ini lah mereka
untuk tidak bersetuju dengan dasar percukaian ini yang melibatkan semua
peringkat tak kira kedudukan individu kaya atau miskin.
3.Namunpun kerajaan
mengimbangi dengan agihan BR1M bagi yang layak diberi, tetapi jika diperhalusi
bantuan ini tidak akan membawa faedah kerana tidak ada nilai ekonomi.
4.Konsep
kemakmuran wajib diselaraskan di antara negara dan rakyat biar menggunakan
slogan 'RAKYAT BAHAGIA,NEGARA KAYA' bukan membebankan rakyat untuk menampung
pendapatan negara.
Betapa
makmurnya rakyat jika tidak dibebankan GST, tentu sekali RM39 billion yang ada
menjadi tabungan mereka untuk masa depan dan pendidikan anak anak mereka.
5.Seperkara
lagi, yang rakyat tidak berpuas hati ketirisan dan perbelanjaan kerajaan tidak
berhemah diselangi rasuah saban tahun meningkat menurut laporan Audit Negara.
6.GST
tidak diperlukan, jika semua pemimpin dan aparatur negara digerakan ke arah
memaksimumkan tenaga sumber yang ada ke jalan yang betul dan efektif tanpa
penyelewengan.
No comments:
Post a Comment