400 RIBU AHLI UMNO SABAH BAKAL KELUAR UMNO MENJADI KENYATAAN…..The Sabah Insider Online



OLEH:  CHARLES P ANDIANG (KOTA KINABALU)
Thursday October 20/2016


KOTA KINABALU:-  Dakwaan seramai 400 ribu ahli UMNO Sabah bakal keluar meninggalkan UMNO jika menjadi kenyataan ini satu rahmat pada parti-parti pembangkang di Sabah khususnya AMANAH-PKR-DAP dan Parti Warisan Sabah.

Seorang Ahli Parti DAP Bahagian Sandakan Basith Hj NC Othman  (Gambar) ketika mengulas satu kenyataan media yang tersiar di portal The Sabah Insider Online yang ditulis oleh  Jaffar Mohd Badrul Kuala Lumpur yang tersiar pada 20-10-2016 bertajuk:  JIKA BENAR DAKWAAN 400 RIBU UMNO SABAH 100 RIBU UMNO SELANGOR KELUAR UMNO SATU RAHMAT BUAT PKR-DAP-AMANAH DAN WARISAN The Sabah Insider Online


Kata Basith  lagi mereka bertindak keluar dari UMNO adalah satu tindakan yang bijak kerana meninggalkan parti yang penuh misteri itu di sebalik tabir dan ahli-ahli Sabah yang lain takut penyakit keganasan seperti Geng Militant Baju Merah yang dianggotai oleh ahli-ahli UMNO kawasan Sungai Besar menular ke Sabah.

GENG MILITANT BAJU MERAH SEKAMIN GANAS AKAN BUNUH ORANG SIAPA SAJA COBA KACAU KUMPULAN INI KATA....JAMAL YUNOS



“ Saya sebagai ahli DAP Sabah dan lain-lain ahli keseluruhan PAKATAN HARAPAN menyambut baik 100 peratus tindakan ahli-ahli UMNO yang bakal keluar parti itu dan mereka bakal menyertai parti-parti pembangkang di Sabah termasuk DAP-AMANAH-PKR dan Parti Warisan Sabah” katanya.

“Harap-harap parti-parti pembangkang yang ada di Sabah ini dapat menjalinkankan kerjasama erat dengan satu niat satu matlamat untuk menunbangkan UMNO/BN pada PRU14 nanti” Ujarnya.

Sambil berharap Basith menyatakan dengan penuh keiklasan  sampai masanya nanti PRU14 nanti diminta parti-parti pembangkang yang ada di Sabah janganlah berebut-rebut kerusi biarlah satu lawan satu untuk jatuhkan UMNO/BN.

“Seandainya DAP meletakkan calon di Tanjung Papat untuk kerusi DUN maka parti-parti pembangkang yang lain seperti AMANAH-PKR-Parti Warisan Sabah atau lain-lain parti pambangkang yang bakal muncul nanti tidak usah letakkan calon parti mereka tetapi disebaliknya membantu parti yang bertanding untuk menentang calon-calon BN/UMNO di satu-satu kawasan.

“Jika sefahaman ini menjadi reality tidak berlakukan rebutan kerusi  seperti yang berlaku di PRU11 Sarawak antara DAP dan PKR ini akan menguntungkan calon BN/UMNO untuk meraihkan kemenangan besar kepada BN kerana undi pecah susah rakyat memilih mana satu parti yang harus disokong” Kata Basiht lagi.


Basith menambah DAP diSandakan khususnya di kawasan Tanjung Papat dan Elopura di bawah parlimen Sandakan semakin mendapat Sokongan padu dari rakyat/pengundi Islam ini ekoran Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong Tien Fatt telah banyak memberikan sumbangan  dan pelbagai bantuan bukan saja kepada orang-orang Islam yang daif bahkan membantu menaik taraf  bangunan Sekolah Agama Negeri (SAN) batu 1.5 Jalan Pantai Chee Wah.

Begitu juga kata Basith lagi  sebahagian penduduk-penduduk kampung Sim-Sim mereka yang ditimpa kesusahan telah mendapat bantuan yang sama dari  DAP







No comments:

Post a Comment