DAP ALU-ALUKAN KERJASAMA DENGAN PARTI WARISAN SABAH DAN LAIN-LAIN PARTI PEMBANGKANG……WONG The Sabah Insider Online



OLEH: SHAIMON S JUMADI (SDK)
Thursday October 20/2016
SANDAKAN:-  Parti  Tindakan Demokratik (DAP) tiada masalah untuk bekerjasama dengan mana-mana parti pembangkang di Negara ini termasuk Sabah dengan satu tujuan  satu niat satu matlamat untuk bersama-sama  berjuang bagi  kepentingan rakyat keseluruhan. 
Dengan kerjasama yang erat perlu disemai antara parti-parti pembangkang yang ada di Sabah khususnya antara DAP-PKR- AMANAH dan Parti Warisan Sabah yang baru di tubuhkan yang diasaskan oleh mantan Naib Presiden UMNO yang juga Ahli Parlimen Kawasan Semporna Datuk Seri Shafie Hj Apdal. 
PAKATAN HARAPAN yang terajui oleh tiga parti iaitu DAP AMANAH dan PKR sentiasa mengalu-alukan kewujudan kerjasama erat antara parti-parti pembangkang yang ada di Sabah demi menjamin kekuatan perjuangan untuk menumbangkan UMNO/BN pada PRU14  nanti.
Dalam satu kenyataan media  Pengerusi DAP Sabah  Stephen Wong Tien Fatt mengucapkan tahniah kepada Shafie Apdal atas pertubuhan Parti Warisan Sabah dan berkata bahawa DAP Sabah berharap untuk bekerjasama dengan mana-mana parti pembangkang supaya berjuang bersama - sama untuk Sabah yang lebih baik.
“Kita semua merupakan Sabahan dan kita berikrar untuk mewujudkan Sabah yang lebih maju dan baik.” Kata Wong.
 "DAP Sabah berharap untuk bekerjasama dengan mana-mana parti politik, tanpa mengira parti kebangsaan atau tempatan pun berharap boleh bekerjasama untuk matlamat yang sama dan berjuang untuk kuasa dan sumber yang sepatutnya milik Sabah.”
Ketika ditanya sekiranya Shafie ingin menubuhkan pakatan pembangkang di Sabah, sama ada DAP Sabah akan menyertai, Wong membuat tuntutan asal bahawa DAP Sabah akan bekerjasama dengan Shafie secara tidak rasmi.
“Walaupun kita bukan gabungan, tetapi kita masih boleh bekerjasama tanpa perikatan yang sah.”
Beliau menegaskan bahawa bentuk kerjasama tidak penting, yang penting adalah kerjasama tersebut berdasarkan ikhlas.
DAP Sabah akan mempertimbangkan kerjasama dengan mana-mana politik pembangkang, selagi matlamat kita adalah sama.
Berhubung  dakwaan seramai 400 ribu ahli-ahli UMNO yang bakal keluar UMNO dalam beberapa hari ini Wong enggan mengulas  sebaliknya  menyambut baik jika perkara tersebut akan menjadi reality.
Top of Form
Like
Love
Haha
Wow
Sad


No comments:

Post a Comment